Aku tiada bakat sebagai seorang pencerita yang hebat...tapi aku percaya gambar boleh menyampaikan ceritanya untuk menjadi sebuah sejarah...kerana sekeping gambar memberi seribu pengertian.

Saturday, 4 June 2011

SYOK SENDIRI..

( ARTIKEL NI AKU COPY DARI BLOG FOTOTEACHER .COM UNTUK PERKONGSIAN..TERDAPAT PENGAJARAN KEPADA GOLONGAN-GOLONGAN SEPERTI AKU...)


KREATIF TAK TENTU HALA @ SYOK SENDIRI
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

(Telah diubahsuai dari entry asal di blog FOTOTEACHER bertajuk Kreatif Tak Tentu Hala @ Syok Sendiri – 10 November 2008)
Tadi saya sempat dengar feedback dari seorang client yang tak berapa puas hati dengan hasil gambar yang dia dapat. Client ini baru kahwin. Jadi, semasa majlis perkahwinan dia baru-baru ini, dia telah upah seorang photographer. Photographer ini banyak shoot gambar-gambar ala-ala kreatif dengan ‘trend terkini’.
Masalahnya, client ini sudah melepasi usia ‘remaja’ dan jenis yang ada ‘citarasa‘. Client macam ini biasanya tidak berapa suka gambar yang terlalu kreatif dan style gila-gila. Gambar sebegini biasanya hanya digemari oleh pengantin remaja. Pengantin yang bukan remaja dan dari golongan pertengahan ke atas, lebih suka gambar standard yang cantik dengan sedikit sentuhan kreatif. Jadi, jurugambar seharusnya tahu, gambar jenis macamana yang boleh tackle hati pengantin.
Kalau shoot gambar kreatif yang berpada-pada, saya rasa, ramai orang boleh terima. Kreatif itu memang bagus -yang menjadi masalah sekarang ini, gambar kreatif yang sudah jadi karya syok sendiri; gambar yang dirakam tanpa memikirkan ‘hati dan perasaan’ orang lain.
Ramai jurugambar sekarang terikut-ikut dengan trend dan pelbagai gaya fotografi. Yang mengikut itu pula, tidak tahu kenapa dia mengikut. Yang dia tahu, dia mengikut sahaja. Orang shoot pakai fisheye lens, dia ikut. Orang shoot low angle, dia ikut. Orang shoot candid, dia ikut.
Nak shoot pakai  fisheye lens, kenalah tengok subjek yang sesuai. Bukan semua subjek sesuai dirakam guna fisheye lens. Kalau boleh, janganlah letak muka subjek di bucu framing sampai kembang muka subjek kita tu dek distortion. Kita sebagai jurugambar memanglah suka efek distortion dan perspective yang unik ini. Tapi, kita kena tanya diri kita, siapa yang bayar kita ambil gambar ni? Dia sukakah apa yang kita suka? Client ni, selalunya dia tak complaint depan-depan kita – maklumlah, orang Melayu penuh dengan sopan santun. Tapi, saya banyak kali dengar client complaint pasal kes gambar herot dan kembang ni. OK, sebelum saya diserang, saya nak buat disclaimer. Kalau ada jurugambar yang memang confirm kata client dia sangat suka gambar muka herot dan kembang – then, go ahead. Janji client suka. Lagi satu, pasal isu distortion ni, saya bercakap untuk wedding photography saja. Bidang fotografi lain seperti fine art, photojournalism dan sebagainya, saya taknak komen pasal distortion. Itu dah tajuk lain.
Lagi satu pasal shooting dari low angle. Shoot dari low angle ni memang dah ada dalam teknik fotografi sejak zaman Tok Kadok lagi. Cuma sekarang ni dah terover popular. Kalau nak shoot low angle tu memanglah boleh. Tapi, kena tengoklah jugak kalau-kalau angle tu mencacatkan gambar, terutamanya muka subjek kita. Satu orang client ni complaint kat saya, ada sorang jurugambar ni banyak shoot gambar kahwin dia dari low angle. Kata client ni, lubang hidung dia nampak besar dari low angle. Lubang hidung dia ni dahlah memang besar, shoot pulak dari low angle, memang nampak lubang hidung je la.
Lagi satu complaint yang selalu saya dengar dari client ialah pasal photographer shoot gambar kandid budak-budak. Budak-budak kecil ni memang comel. Tapi, kalau boleh, kena tengok jugak, apa hubungan budak kecil tu dengan pengantin dan samada pengantin suka atau tidak gambar-gambar kandid macam ni. Janganlah main tembak saja – shoot gambar kandid budak-budak ni sampai 50 frame, macam-macam gaya, sampai lupa nak shoot gambar pengantin.  Alih-alih, budak kecil tu rupanya anak kepada kawan kepada pakcik kepada jiran kepada mamat yang supply P.A. System kat majlis kahwin tu. Tak ke haru. Gambar budak tu pulak dah dimasukkan dalam custom album, dengan centre spread layout. Double haru…
Minta maaf kalau saya ada menyinggung mana-mana pihak dalam artikel ni. Sekadar berkongsi dan menyampaikan apa yang saya dengar dari pelanggan – untuk kebaikan kita bersama. Apa yang saya tulis, hanya betul bagi pendapat saya dan saya percaya, ada pendapat lain yang betul juga. Harap anda boleh kongsi pengalaman dan pendapat anda di ruangan komen di bawah ni.

Apa itu SHUTTER SPEED, APERTURE & ISO??

1. Bagi newbies DSLR, pasti korang tertanya-tanya apakah sebenarnya SHUTTER SPEED, APERTURE & ISO? Di sini secara ringkasnya, akan diterangkan apakah benda alah ni sumer. So, kalo ada pa pe kemusykilan, leh la drop komen, nnt sama-sama kita diskas balik...

Apa itu SHUTTER SPEED? Secara teorinya, Shutter Speed akan control jumlah dedahan cahaya yang masuk ke dalam sensor DSLR. Semakin laju shutter speed bermakna dedahan cahaya akan kurang dan menghasilkan foto yang kurang cerah(underexpose). Berbanding dengan SLOW shutter speed yang akan mendedahkan gambar kepada lebihan dedahan cahaya (overexpose). Untuk handheld kamera, shutter speed adalah 1/15 ke atas untuk mengelakkan kesan BLUR. FAST shutter speed akan mengfreezekan sesuatu pergerakan tanpa kesan BLUR.

Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed MINIMUM 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasi semenjak teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon)


2. Apa itu APERTURE? BIGGER APERTURE akan menunjukkan No Aperture yang kecil di DSLR dan akan akan mendedahkan foto kepada jumlah dedahan cahaya yang tinggi. Bigger Aperture akan menghasilkan Depth of Field yang lebih detail. SMALLER APERTURE adalah No Aperture yang tinggi dan mengurangkan jumlah dedahan cahaya di foto. 

Semasa kita mengklik shutter, lensa akan membuka bilah aperture (blades) untuk membenarkan cahaya masuk menuju ke sensor. Semakin rendah nilai nombornya, maka semakin besar bukaan bilah. Justeru, semakin banyak caaya yang masuk. Begitu juga sebaliknya. Semakin tinggi nilai nombornya, maka semakin kecil saiz bukaan bilah. Justeru semakin sedikit jumlah cahaya yang masuk. 
3. Apa itu ISO? Secara ringkas kata, ISO tu adalah tahap kesensitifan camera pada cahaya. Ia diukur dalam nombor 100, 200, 400 dan seterusnya.

ISO yang rendah biasanya digunakan semasa kita menggambar objek atau subjek yang mempunyai cahaya persekitaran yang terang (bright ambient light). ISO yang tinggi pula digunakan dalam persekitaran yang suram atau kelam pencahayaannya atau semasa kita hendak menggambar objek yang bergerak laju. Tapi, imej kita akan dimonopoli oleh noise (bintik-bintik yang tidak dikehendaki) yang akan menjejaskan kualiti imej.

Faham tak setakat nih? So, dari sini dapat disimpulkan, ketiga-tiga unsur ISO, Shutter Speed dan Aperture berkait rapat antara satu sama lain dalam menghasilkan imej yang baik. Pengubahan salah satu unsur memerlukan anda mengubah sama ada 1 atau 2 unsur yang lain untuk mendapatkan exposure yang baik (tanpa menggunakan flash). 



Tuesday, 31 May 2011

AKU...DIA..DAN... LAMBRETTA...


1. Kesah bermula didalam sebuah kampung yang terletak di mukim Hulu Langat Selangor. Kampung Endah..Disinilah termeterinya satu perjanjian suci diantara farrah dan juga yudi..pasangan sejoli ini..seolah-olah membenarkan nama kampung endah didalam kesah mereka...indahnya cinta mereka...kita ke babak yang seterusnya




2. Jiwa rasa gelora..kasih pada teruna.bukan kerna intan permata..kerna budi bahasa..kasih bukan paksaan..sayang bukan mainan..jiwa dan raga jadi taruhan..oooooo pujaan...rinduku..padamu..kekanda idaman ku..kekasih dikaulah...oo..adinda puspitaku....

3.Seperti mana Adam & hawa...bergitu juga dengan mereka..bertemankan lambretta..mereka menyatakan cinta antara mereka...farrah..Abang sayang pada mu..luah yudi dengan senyuman yang penuh makna...


 4.Lihatlah dunia....kini cinta kami telah bersemi.....Ya-Allah berkatilah perkahwinan kami ini...sehingga hujung nyawa kami....

 5.Eh..ni siapa pulak masuk dalam cerita kita nih...ishhh nak kena belasah agaknya mamat nih...hehehehehe...apa punya story morey lah yang cuba aku buat nih....apa yang aku nak kata SELAMAT PENGANTIN BARU...KEPADA MEREKA BERDUA.....



6. Perghh hensem gak mamat jurugambar nih.....

Friday, 27 May 2011

LAYOUT AKHIR SEMPENA LAWATAN DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR





Alhamdulilah....sebenarnya album penuh..telah pun sampai lama kepada yang berhak ( BCP)...Terima kasih kepada Cik Adilah...yang memberi kerpercayaan penuh...dan peluang...kepada aku untuk event tersebut...bagi aku ini adalah batu loncatan kepada aku untuk mengembangkan lagi prospek aku dalam bidang yang aku minati iaitu photography......Photography perkahwinan masih menjadi keutamaan kerana..aku rasa ia sesuatu yang indah untuk dirakam..bermain dengan masa..ketelitian perincian ..suasana yang meriahmewujudkan satu perasaan yang tak mudah untuk aku gambarkan.....hari ni..aku akan ke banting selangor..untuk tugasan perkahwinan...semoga dipermudahkan...insyaAllah......enjoyce.......

Wednesday, 4 May 2011

MAJLIS REUNION SEKOLAH TENGKU ARIS BENDAHARA KLUANG JOHOR



As-salam.....har..har..har..harta karun.....sesungguhnya aku rasa bertuah...rasa seronok...kerana diberi kerpercayaan oleh penganjur majlis reunion Sekolah Menengah Tengku Aris Bendahara Kluang Johor ( spm 1989) untuk mengabadikan kenangan mereka dengan petikan shutter dari aku...seronok melihat mereka bergitu gembira...bertemu kawan² lama...ada antara mereka dah 20 tahun dah tak jumpa..seronok juga melihat bergitu ramai yang berjaya...Alhamdulilah....majlis dimulakan dengan sedikit ucapan dari MC..En Dzul..diikuti dengan bacaan doa....mulanya majlis berjalan lancar di pool side ( eco resort gunung lambak) sebelum hujan menjelmakan diri.....walaupun hujan..dan terpaksa berpindah ke cafe yang disediakan...majlis tetap meriah.....jadi kepada pihak penganjur terima kasih...tunggu entry sepenuhnya dari saya...enjoyce...

( pada kekawan sekolah menengah kahang timur spm 1995 bila lagi nak buat reunion....terbakor tengok majlis mereka....geh..geh..geh..)

SEMANGKUK BAKSO



Dikisahkan, biasanya di hari ulang tahun Putri, ibu pasti sibuk di dapur memasak dan menghidangkan makanan kesukaannya. Tepat saat yang ditunggu, betapa kecewa hati si Putri, meja makan kosong, tidak tampak sedikit pun bayangan makanan kesukaannya tersedia di sana. Putri kesal, marah, dan jengkel.
"Huh, ibu sudah tidak sayang lagi padaku. Sudah tidak ingat hari ulang tahun anaknya sendiri, sungguh keterlaluan," gerutunya dalam hati. "Ini semua pasti gara-gara adinda sakit semalam sehingga ibu lupa pada ulang tahun dan makanan kesukaanku. Dasar anak manja!"
Ditunggu sampai siang, tampaknya orang serumah tidak peduli lagi kepadanya. Tidak ada yang memberi selamat, ciuman, atau mungkin memberi kado untuknya.
Dengan perasaan marah dan sedih, Putri pergi meninggalkan rumah begitu saja. Perut kosong dan pikiran yang dipenuhi kejengkelan membuatnya berjalan sembarangan. Saat melewati sebuah gerobak penjual bakso dan mencium aroma nikmat, tiba-tiba Putri sadar, betapa lapar perutnya! Dia menatap nanar kepulan asap di atas semangkuk bakso.
"Mau beli bakso, neng? Duduk saja di dalam," sapa si tukang bakso.
"Mau, bang. Tapi saya tidak punya uang," jawabnya tersipu malu.
"Bagaimana kalau hari ini abang traktir kamu? Duduklah, abang siapin mi bakso yang super enak."
Putri pun segera duduk di dalam.
Tiba-tiba, dia tidak kuasa menahan air matanya, "Lho, kenapa menangis, neng?" tanya si abang.
"Saya jadi ingat ibu saya, nang. Sebenarnya... hari ini ulang tahun saya. Malah abang, yang tidak saya kenal, yang memberi saya makan. Ibuku sendiri tidak ingat hari ulang tahunku apalagi memberi makanan kesukaanku. Saya sedih dan kecewa, bang."
"Neng cantik, abang yang baru sekali aja memberi makanan bisa bikin neng terharu sampai nangis. Lha, padahal ibu dan bapak neng, yang ngasih makan tiap hari, dari neng bayi sampai segede ini, apa neng pernah terharu begini? Jangan ngeremehin orangtua sendiri neng, ntar nyesel lho."
Putri seketika tersadar, "Kenapa aku tidak pernah berpikir seperti itu?"
Setelah menghabiskan makanan dan berucap banyak terima kasih, Putri bergegas pergi. Setiba di rumah, ibunya menyambut dengan pelukan hangat, wajah cemas sekaligus lega,
"Putri, dari mana kamu seharian ini, ibu tidak tahu harus mencari kamu ke mana. Putri, selamat ulang tahun ya. Ibu telah membuat semua makanan kesukaan Putri. Putri pasti lapar kan? Ayo nikmati semua itu."
"Ibu, maafkan Putri, Bu," Putri pun menangis dan menyesal di pelukan ibunya. Dan yang membuat Putri semakin menyesal, ternyata di dalam rumah hadir pula sahabat-sahabat baik dan paman serta bibinya. Ternyata ibu Putri membuatkan pesta kejutan untuk putri kesayangannya.
=====================================================
Saat kita mendapat pertolongan atau menerima pemberian sekecil apapun dari orang lain, sering kali kita begitu senang dan selalu berterima kasih. Sayangnya, kadang kasih dan kepedulian tanpa syarat yang diberikan oleh orangtua dan saudara tidak tampak di mata kita. Seolah menjadi kewajiban orangtua untuk selalu berada di posisi siap membantu, kapan pun.
Bahkan, jika hal itu tidak terpenuhi, segera kita memvonis, yang tidak sayanglah, yang tidak mengerti anak sendirilah, atau dilanda perasaan sedih, marah, dan kecewa yang hanya merugikan diri sendiri. Maka untuk itu, kita butuh untuk belajar dan belajar mengendalikan diri, agar kita mampu hidup secara harmonis dengan keluarga, orangtua, saudara, dan dengan masyarakat lainnya.
Sumber : andriewongso.com

( sekadar perkongsian daripada aku....terima kasih mak...terima kasih bapak...tiada apa yang dapat membalas jasa dan kasih sayang kalian...Ya-Allah lindungilah kedua orang tua ku.....)....maaf yer keluar sikit dari topik fotografi....

Kunjungan rasmi YAB Datuk Mukriz Tun Mahathir ke premis Fabrikasi BC Petrochemical Sdn Bhd











As-salam..pertama sekali saya nak mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada BC Petrochemical Sdn Bhd khasnya dan Cik Adila amnya kerana memberi kerpercayaan kepada saya untuk satu majlis yang bergitu bermakna kepada BCP dan juga saya. Inilah pertama kali saya terlibat secara langsung bersama VVIP yang juga merupakan salah sorang insan yang saya kagumi... Datuk Mukriz Tun Mahathir..terima kasih Datuk...Saya tidak dapat mengulas panjang mengenai majlis ini kerna tertakluk kepada terma dan syarat..sekadar perkongsian dari sudut fotografi dan halwa mata kepada para sahabat diluar sana..enjoyce
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...