Aku tiada bakat sebagai seorang pencerita yang hebat...tapi aku percaya gambar boleh menyampaikan ceritanya untuk menjadi sebuah sejarah...kerana sekeping gambar memberi seribu pengertian.

Monday 19 December 2011

5 Sikap Buruk Sebelum Perkahwinan Yang Perlu Ditinggalkan



As-Salam.
Memang sukar sebenarnya nak membuang tabiat masa bujang. Apatah lagi jika ia sangat menyeronokkan, namun apabila sudah berkahwin, sudah punyai anak, tabiat dan sikap lama terutama yang memberikan keburukan haruslah ditinggalkan. Tak perlu disimpan kerana kehidupan anda sewaktu bujang dengan yang ada kini adalah sesuatu yang berlainan. Ia satu fasa lain dalam kehidupan.

Hijrahkan diri untuk menjadi yang lebih baik dari masa lampau. Mungkin agak sukar pada awalnya, tetapi lama kelamaan, dengan usaha, dengan doa, semuanya boleh. Malaysiakan Boleh.... Anda Boleh!! Jjangan putus asa, berusahalah menghapus segala keburukan itu untuk kebahagiaan berkekalan. InsyaAllah.

5 Sikap Buruk Sebelum Perkahwinan Yang Perlu Ditinggalkan

1. Cemburu Yang Berlebihan
Sewaktu suami sedang berbual dengan teman lamanya (wanita) di laman web sosial sebaiknya isteri perlu bersikap tenang dan positif. Selagi berada di landasan yang betul, hal tersebut adalah satu tindakan yang tidak perlu diperbesarkan. Perasaan cemburu tidak bertempat hanya membuatkan rumah tangga panas dan banyak kongkongan. Tidak dinafikan, cemburu memang perlu tetapi biarlah berpada kerana itulah tanda cinta. Tetapi jika berlebihan, mengundang padah yang merosakkan.

2. Membuka Aib Pasangan
Setiap insan punyai kelebihan dan kekurangan. Lantaran itulah kita perlu menghormatinya dengan tidak menjajanya kepada sesiapa. Lebih-lebih lagi rahsia keluarga atau kitalah orang kepercayaannya. Dalam ikatan rumah tangga, baik isteri mahupun suami kelemahan diri perlu ditutup sebaik mungkin. Terimalah pasangan anda seadanya kerana keikhlasan yang terbit dari hati mencetus bahagia sampai bila-bila.

Meskipun pasangan bertukar-ganti, belum tentu dia lebih baik dari sebelumnya. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan belajarlah untuk redha. Simpan sebaiknya aib, kekurangan atau masalah pasangan dari diketahui umum. Nescaya, pulangan yang diterima berkali-kali ganda.

3. Dikuasai Perasaan Hasad Dengki
Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati. Tetapi bila diserang PHD (penyakit hasad dengki) tiada klinik mampu berikan ubat yang terbaik. Buatlah apa jenis pembedahan, suntiklah apa jua vaksin tetapi jika tiada keinginan mengubah dari hati, sudah pasti jalan kegagalan sedia menanti.

Sebagai pasangan suami isteri, perasaan dengki, suka menunjuk dan iri hati perlu dihapuskan serta merta. Jangan nanti bila melihat jiran sebelah menukar perabot baru maka kita pun ingin melakukan perkara yang sama biarpun kemampuannya paras-paras hidung sahaja. Mangsanya, suami ''melengkung'' melangsaikan hutang demi memenuhi kehendak isteri tersayang.

Seharusnya bersyukurlah sentiasa dan cukuplah dengan apa yang ada. Usah merenung kelebihan orang lain hingga menangisi nasib sendiri. Berubahlah ke arah yang lebih positif bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

4. Keinginan Melakukan Kemungkaran
Tabiat buruk seperti berjudi, minum arak, seks bebas dan sebagainya adalah tindakan-tindakan yang mendorong ke arah kehancuran. Jangan sesekali terjebak dalam aktiviti sebegini yang hanya akan menjunamkan diri ke lembah hina. Tapi sebagai manusia pasti tidak terlepas dari melakukan kesilapan, jika terlanjur melakukannya segeralah bertaubat.

Tinggalkan segera sebelum ditimpa pembalasanNya. ''Cuci tangan'' sebelum masalah berpanjangan. Ingatlah bahawa Allah sangat membenci hamba-hambaNya yang melakukan kemungkaran. Di dunia lagi Tuhan telah tunjukkan balasan seperti perpecahan keluarga, kemerosotan ekonomi dan macam-macam lagi. Bukan pada diri sendiri malah pasangan, keluarga serta masyarakat turut merasa tempiasnya. Jagalah kehormatan diri dan keluarga selain berdoa pada Yang Maha Kuasa agar sentiasa terpelihara.

5. Sensitif Dan Cepat Emosi
Hidup berumah tangga, suami atau isteri perlu menjalin kasih sayang dengan baik. Jangan kerana hal-hal yang kecil membuatkan masing-masing bermasam muka hingga berhari-hari lamanya. Kalau boleh, jangan bangkitkan kemarahannya dengan bercerita kenangan lama dengan bekas kekasih atau meluahkan tentang keburukan dan kekurangan diri serta keluarganya.

Sedarlah bahawa memuji lelaki atau wanita lain di hadapan pasangan juga boleh membuatkan si dia berkecil hati. Begitu juga sekiranya tidak peka dengan kegemaran atau kesukaannya. Hal-hal yang disebutkan tadi adalah sebahagian dari perkara yang boleh membuatkan si dia menjauh diri sekali gus menimbulkan kemarahan.

Ingatlah, walau siapa pun pasangan anda, usah sekali-sekali meremehkan atau merendahkan kebolehan dirinya. Kerana itulah, sebelum memutuskan untuk mengikat janji setia membina mahligai bahagia maka selidikilah dirinya sedalam-dalamnya. Jangan sampai menyesal di kemudian hari sampai melakukan dosa yang ada kalanya tidak disedari.

Sumber: Mingguan Wanita

Wednesday 14 December 2011

FOTO PERKAHWINAN RAI & AWANG @ DEWAN UPM

Bismillahir Ramanir raheem..Akhirnya siap juga kerja-kerja editing untuk mereka berdua...printing on going sekarang...sedikit perkongsian untuk semua sahabat² diluar sana....terima kasih kepada kedua mempelai rai dan Awang, keluarga kedua pihak, Kak Zaimah, Abg Halim tak lupa juga Ali @ Hussin...dan semua yang terlibat....thanks....



FOTO PERNIKAHAN AZMIN & ANIZA

.

Bismillahir Ramanir raheem...diam tak diam kita hampir melangkah ke 2012..Alhamdulilah..kali ni aku nak berkongsi sedikit gambar-gambar di sekitar pernikahan Azmin & Aniza dengan sahabat² diluar sana. Aku nak mengucapkan terima kasih kepada mereka...atas kerjasama yang mantop...sepertimana kata Ustaz Zambri tv9...mantop.....2 keping yang last tu...hehehe..jangan diendahkan...woah...aku sedang bertugas.....dicandid oleh member...thanks tu Ali @ hussin, Kak Marlynn , Badariah tak lupa juga pada pasangan pengantin yang diraikan dan juga keluarga kedua-dua mempelai......enjoyce....

SNEK PENGANTIN BARU......



Di waktu malam, saat menonton televisyen ataupun menghadap komputer, pasti terasa ingin mengunyah sesuatu. Jikalau bukan coklat, pastinya makanan ringan lain yang menjadi pilihan. Buat yang bakal mendirikan rumah tangga, adakah anda sudah terlupa dengan jadual diet anda? Jikalau tertekan dengan persiapan perkahwinan sekalipun, janganlah hilangkan tekanan dengan memakan snek-snek yang tidak berkhasiat. Bukalah diari diet anda semula. Semak
dengan teliti perkara-perkara yang sepatutnya anda lakukan untuk menurunkan berat badan.

♥ Apakah snek berkhasiat?
Pengambilan snek yang salah boleh mengundang kepada peningkatan berat badan dan mengganggu pola pemakanan harian. Namun, jika anda bijak mengambil snek dalam waktu yang betul dan sesuai, snek tersebut boleh memberikan tenaga yang berpanjangan. Pengambilan snek yang terbaik ialah dua jam sebelum waktu makan utama. Oleh itu, bakal pengantin di luar sana, rancanglah pemakanan yang baik untuk diri anda demi mendapatkan tubuh yang menawan di hari bahagia. Selain makanan ringan yang biasa dijadikan snek, cubalah makan makanan lain yang boleh dijadikan snek dan pastinya berkhasiat, sihat, dan seimbang.

♥ Biskut bijirin, anggur, dan keju
Saat mendengar jenis-jenis makanan ini pastinya terasa gerun hendak memakannya. Namun, tahukah anda, jika mengambil biskut bijirin, anggur, dan keju ini dengan kadar yang betul, anda boleh tampil sihat? Bijirin penuh atau lebih dikenali sebagai wholemeal seperti gandum mampu menurunkan kandungan gula darah dan juga kolesterol. Keju pula yang semestinya menjadi kegemaran ramai, mampu menambahkan unsur protein di samping menstabilkan gula, mengelakkan daripada cepat lapar, dan sebagai sumber kalsium untuk tulang.

 ♥ Sebiji epal sehari, menjauhkan kita daripada doktor!
Pernahkah anda mendengar pepatah tersebut? Hal ini ada kebenarannya. Amalkanlah pengambilan buah-buahan seperti epal kerana buah ini mengandungi kadar kandungan gula yang rendah. Selain kandungan gula yang rendah, buah epal juga mempunyai serat yang tinggi dan sesuai untuk pesakit diabetes. Namun, jangan pula anda ''melupakannya'', walaupun anda tidak mempunyai diabetes. Lebih elok jika sediakan payung sebelum hujan, bukan?

♥ Campuran sayursayuran segar dan yogurt
Sayur-sayuran segar dan mentah sememangnya kaya dengan pelbagai zat penting kerana tidak dimasak lagi. Oleh itu, untuk tambahan hidangan di malam hari, apa kata anda tambahkan menu sayur-sayuran segar seperti lobak merah dan brokoli. Kemudian, campurkan sayur-sayuran segar tersebut dengan yogurt
rendah lemak yang kaya dengan sumber protein. Dengan cara ini, perut akan lambat lapar selain tulang menjadi kuat.

Panduan
- Pilihlah makanan yang boleh dijadikan snek dan semestinya yang rendah lemak, gula, dan garam.
- Cubalah pilih snek daripada kumpulan karbohidrat kompleks serta tinggi serat, vitamin, dan mineral.
- Rancanglah pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Piramid makanan akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda.
- Snek boleh membantu anda mengelakkan diri daripada makan apa-apa sahaja yang anda lihat, namun mestilah snek yang berkhasiat.
- Ambillah snek ketika anda lapar dan bukannya apabila anda rasa bosan, gelisah atau tertekan.
- Hadkan pengambilan snek kurang daripada 250 kilokalori setiap kali ia diambil dan jika terlebih, lakukanlah senaman bagi menyeimbangkannya semula.

ARCHITECTURE PHOTOGRAPHY 2

Salam...Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi menjadi lokasi seterusnya untuk aku dalam menjalankan tugasan kali ini. woshh sekali bangunan ni masih dalam pembinaan daa..tapi dah nak siap lebih kurang 90%, oleh kerana gambar untuk projek ni diperlukan oleh firma tersebut..aku cuba sehabis baik....bederau darah bila on kamera...ada tulisan err....arghhh..SD card tertinggal la pulak....adeh....start kereta terus lari ker warta bangi...Alhamdulilah ada gak kedai yang jual SD card tu....ok..cukup cerita pasal UKM...semua orang tahu bulan 11 & 12 merupakan bulan yang agak sibuk untuk jurugambar² perkahwinan, termasuk aku..Alhamdulilah..tugasan yang diterima memenuhkan semua hari sabtu dan minggu aku untuk bulan tersebut...insya Allah jika ada sikit kelapangan akan aku upload kan serba sedikit..semua gambar-gambar pengantin yang aku ambil...


17 Perkara Utama Bakal Pengantin Perlu Tahu



1. Rancang Kewangan
Rancang kewangan perbelanjaan perkahwinan. Pastikan bajet cukup untuk hantaran, hidangan tetamu, pelamin, baju dan lain-lain kelengkapan. Simpan sedikit wang untuk hal-hal sampingan misalnya untuk membeli pembalut, gam, dan lain-lain.

2. Perbincangan
Bincangkan hal adat perkahwinan dengan ibu bapa dan orang yang lebih tua. Tanya pendapat mereka kerana mereka boleh memberi idea yang bernas. Pengalaman mereka boleh dijadikan panduan.

3. Konsep majlis
Tentukan konsep majlis. Pelbagai tema boleh menjadi pilihan anda yang merangkumi set ruang makan tetamu, pelamin, bilik tidur dan lain-lain lagi. Cari kelainan supaya majlis anda lebih “happening”.

4. Khidmat perunding perkahwinan
Merujuk kepada perunding perkahwinan, kerana mereka lebih arif. Perkhidmatan ini menjadikan majlis anda berjalan dengan lancar. Bajet anda juga akan lebih jelas kerana perunding akan menyatakan harga kelengkapan majlis anda.

5. Tempahan di kedai pengantin
Tempah pelamin, busana pengantin dan jurusolek/juruandam. Lebih mudah jika dalam satu pakej dan anda boleh dapat harga lebih murah. Jurusolek boleh membuat suai padan make up dengan baju dan bentuk wajah anda.

6. Jurugambar
Pilih jurugambar atau videografi berdasarkan bajet dan cita rasa. Nyatakan kehendak anda kepadanya supaya lebih memenuhi kehendak anda. Gambar merupakan kenang-kenangan abadi peristiwa dalam hidup anda. Rujuk gambar-gambar yang pernah menggunakan perkhidmatannya.

7. Kursus pra-perkahwinan
Kursus pra perkahwinan di Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama atau syarikat swasta yang berdekatan dengan kawasan. Kursus ini memang wajib untuk bakal-bakal pengantin yang berdaftar di samping mendidik bakal pengantin mendirikan rumah tangga yang bahagia.

8. Orang yang terlibat dalam pernikahan
Pastikan wali dan saksi nikah anda. Masalah akan timbul jika pihak perempuan tidak dapat mencari walinya sendiri. Jika bapa telah meninggal dunia boleh abang atau adik kandung menjadi wali atau wali hakim. Tempah Tok Kadi dan masjid jika tidak bernikah di rumah.

9. MenJemput kumpulan muzik
Tempah kumpulan muzik atau DJ jika perlu. Kumpulan muzik adalah untuk memeriahkan lagi majlis. Jika anda pergi ke majlis kahwin yang tiada pemuzik, majlis tersebut akan menjadi seperti hambar dan kurang meriah.

10. Menu
Makanan yang kurang enak mencacatkan majlis. Oleh itu tempah katering yang terbaik melalui survey yang anda lakukan. Bagi yang masak sendiri, perancangan menu dan bahan mentah serta tukang masak hendaklah dirancang lebih awal.

11. Kad jemputan
Sediakan senarai tetamu. Memilih dan mencetak kad jemputan mengikut senarai supaya tidak terlebih cetak kad. Jika bajet kurang, jangan memilih kad yang mahal. Cukuplah sekadar jelas maklumat jemputan dan peta pelan ke rumah pengantin.

12. Hebahkan majlis anda
Maklumkan kepada saudara mara dan rakan-rakan melalui kiriman kad, telefon, e-mel atau lebih menampakkan kesungguhan datang sendiri ke rumah mereka.

13. Pengesahan tempahan
Mengesahkan tempahan di hotel, dewan atau taman termasuk meja, kerusi, menu dan sebagainya. Hal ini untuk memastikan tempahan yang dibuat seperti yang dirancang. Jangan last minute ada yang dibatalkan.

14. Pemeriksaan kesihatan
Lakukan pemeriksaan kesihatan seperti ujian saringan HIV. Pastikan kesihatan badan sentiasa baik sebelum menjelang perkahwinan dan semasa majlis berlangsung. Makan makanan yang sihat. Hindari perkara yang boleh membawa penyakit. Walaupun selesema, ia boleh merosakkan mood anda. Bagi perempuan pula, jangan terlebih makan kerana dikhuatiri baju pengantin yang anda telah tempah menjadi ketat.

15. Rawatan kecantikan
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut supaya lebih berseri. Rawatan ini juga persediaan pengantin menghadapi malam pertama.

16. ''Honeymoon''
Tentukan bajet dan tempat untuk berbulan madu. Tempahan awal boleh menjimatkan kerana harganya lebih murah. Pada musim cuti persekolahan, kebanyakan bilik-bilik akan habis ditempah.

17. Pembantu
Lantik beberapa orang dari rakan atau keluarga untuk menjadi pengapit, ketua dapur, ketua atur cara majlis, pemberi cenderahati, flower girl dan penyambut tetamu.

18. Senarai acara
Jika perlu sediakan atur cara majlis dari pagi hingga kerja mencuci periuk belanga. Majlis akan lebih teratur dan tidak menjadi kelam kabut.

Tuesday 22 November 2011

RAIZATUL & AWANG

Bismillahir Ramanir raheem...agak lama aku tak update gambar-gambar perkahwinan didalam blog kesayangan aku nih..maaf dipinta, seperti mana kita maklum musim cuti sekolah ni..banyak sekali tempahan yang aku terima, Alhamdulilah.. Insya Allah andai kata aku diberi kekuatan dan kelapangan masa, semua gambar perkahwinan client akan cuba aku masukan serba sedikit. Kali ni aku nak berkongsi sedikit gambar outdoor pasangan raizatul & awang. ( bolehke dipanggil outdoor sebab buat kat dalam masjid besi putrajaya..hujan ). Puteri kepada Prof Dr Hj Daud selamat di ijabkabul pada jam 12pm di gombak bersama pilihan hatinya Sdr Awang. Majlis yang penuh gilang gemilang diadakan pada esoknya 20 hb nov 2011 di dewan UPM Serdang. Syukur Alhamdulilah semua berjalan lancar..entri penuh gambar mereka akan aku masukan selepas proses editing selesai.....enjoyce..... 


Thursday 3 November 2011

OUTDOOR FARAH & WAN SIRI 2


ENJOYCE!!!!!

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA



Bismillahir Rahmanir Raheem..
SALAH satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Ibadah korban bermaksud menyembelih haiwan seperti kambing atau lembu sesudah solat sunat Aidiladha sehingga hari tasyrik iaitu hari ketiga sesudah 10 Zulhijah.
Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w.Baginda Rasulullah sendiri dalam sebuah hadis telah mengungkapkan, orang-orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:
‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” ujar sahabat.


‘‘Itulah sunah daripada nenekmu Ibrahim,” jawab Rasulullah.


‘‘Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat lagi.


‘‘Tiap-tiap bulunya merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah.


Menurut Syafii hukum korban adalah sunat muakad yang sangat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan terutama umat Islam yang berada di kampung halamannya sendiri, kerana ia amalan yang sangat dikasihi Allah pada hari nahar (Hari Raya).
Umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban dalam beberapa hari lagi. Bagi kaum Muslimin yang berkuasa menyembelih korban hendaklah melaksanakan tanpa ragu-ragu sebagai usaha untuk bertaqqarrub atau memerdekakan diri kepada Allah. Berdasarkan keterangan hadis dan firman Allah yang diungkapkan dalam al-Quran, dapat disimpulkan bahawa amalan korban berasal daripada Nabi Ibrahim yang kemudiannya diwarisi oleh baginda sebagai satu ibadah dalam syariat Islam yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan. Ibadah korban ini berasal dari zaman Nabi Ibrahim. Tatkala Nabi Ibrahim bersama puteranya Ismail selesai membina Kaabah di Mekah di atas arahan Allah sebagai pusat kegiatan bagi menegakkan dasar-dasar tauhid, Allah menguji kekuatan iman kedua-dua nabi ini. Pengorbanan itu adalah pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup iaitu pengorbanan jiwa dan raga, Salam Keikhlasan Dari Skoodeng Photography.

Monday 31 October 2011

MAKLUMAN


Bismillahir Rahmanir Raheem..adalah dimaklumkan Skoodeng Photography merupakan satu nama yang telah didaftarkan di bawah SSM @ Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pihak kami dimaklumkan terdapat individu yang menggunakan nama Skoodeng Photography tanpa kebenaran bertulis dari kami. Dengan Rendah hati kami memohon kepada mana-mana individu @ kumpulan agar tidak menggunakan nama SKOODENG PHOTOGRAPHY secara tidak sah. Andai kata masih terdapat mana-mana pihak yang menggunakan tanpa kebenaran kami, pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Sekian Terima Kasih
Mohd Zaidi B Warmo

Principal Skoodeng Photography
019-6026168

Terima kasih

Friday 28 October 2011

FOTO PERKAHWINAN JAMAL & INTAN

Bismillahir Rahmanir Raheem. Sedikit Perkongsian dari kami, Pengembaraan di lakukan sekitar Pantai Remis Selangor

Wednesday 26 October 2011

OUTDOOR FARAH & WAN

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Ini merupakan majlis yang berlangsung di Kepong pada 22 Oct 2011. Semua gambar yang diambil baru sahaja ditransfer dari camera ke komputer. Pertama kali bersua muka dengan jurumekap rasmi untuk Siti Nurhaliza, yang bertanggungjawap kepada pasangan pengantin kali ini. Terima kasih kepada beliau kerana kerjasama yang sungguh baik, juga kepada pasangan pengantin Farah & wan. Nantikan siri sepenuhnya tidak berapa lama lagi. Kepada bakal-bakal pengantin temui Skoodeng Photography di Pameran Pengantin pada 28-30 Oct 2011 di SACC Shah alam untuk dapatkan pakej terbaik dari kami. enjoyce..

Tuesday 25 October 2011

RAKAN STRATEGIK

Pertama sekali Skoodeng Photography mengucapkan jutaan terima kasih kepada Wah Chan diatas kerjasama yang sangat bermakna ini. Dengan ini Skoodeng Photography amat berbangga atas kepercayaan yang diberikan..Sekali lagi ucapan terima kasih ditujukan kepada Wah Chan secara khasnya , dan team Skoodeng Photography amnya. Tidak lupa juga kepada semua pelanggan-pelanggan kami dan yang memberi sokongan kepada kami...i love u all.....

Monday 24 October 2011

TIPS PERKAHWINAN BAHAGIA

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Satu perkongsian dari skoodeng photography untuk semua bakal-bakal pengantin, pengantin lama, dan semua..( copy dari - sinarmawaddah )

FOTO PERKAHWINAN ITA & SHAHRIL

Saturday 8 October 2011

TEMUI KAMI DI SHAH ALAM CONVENTION CENTRE PADA 28-30 OCT 2011

Bismillahir Rahmanir Raheem..Kepada pengunjung² blog Skoodeng ni..Pihak kami akan berada di Shah Alam Convention Centre pada 28-30 Oct 2011..sempena karnival pameran pengantin. Pihak kami menawarkan  servis yang terbaik dan kami menjanjikan kepuasan kepada semua bakal pelanggan-pelanggan kami dengan harga yang sangat berpatutan. One Stop Centre,  segalanya ada disini..daripada Photography / Videography / Andaman / Baju Persalinan / Kanopi / Katering dan segala keperluan yang anda perlukan untuk menjayakan sesuatu majlis. Temui kami di booth no 97/98 , dapatkan dari hanya yang terbaik..jumpa anda disana...


 

FATIMAH & SHAHRUDDIN @ KL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...