Aku tiada bakat sebagai seorang pencerita yang hebat...tapi aku percaya gambar boleh menyampaikan ceritanya untuk menjadi sebuah sejarah...kerana sekeping gambar memberi seribu pengertian.

Monday 28 March 2011

KESAH AKU..DIA DAN BUAH DURIAN ( PRE-WEDDING )


Nantikan kemunculanya..pasti akan memecah panggung..kejadian Pre-Wedding ini berlaku di salah sebuah perkampungan Felda di Johor....nak kasi tajuk apa ye???? any idea???...

Sunday 27 March 2011

FOTO PERKAHWINAN AMIR & MAS ( OUTDOOR )








Dikala burung-burung berkicau merdu...dikala embun mula menghilangkan diri...hahahah...As-salam....kali ni aku nak berkongsi dengan semua sahabat-sahabat diluar sana terutama pasangan mempelai Amir & Mas..Mereka ( mempelai ) memang pasangan yang aku boleh katakan gila-gila remaja...memang sempoi..mudah berkerjasama dan yang penting bergembira bersama kami..outdoor ( luar pintu???? ) kali ni aku memilih satu kawasan di pulau indah Klang..dengan persetujuan pengantin..inilah kali pertama aku membawa client aku kesana...agak menarik...kerana sebelum pulang kami singgah di kampung nelayan milik orang asli...selepas minta kebenaran pada yang empunya tempat barulah kami berani menjalankan kerja di perkampungan tersebut ( mau kena sumpit kalau tak tanya ). Dengan sedikit olahan jalan cerita dan dengan bantuan teknologi nikon terhasillah gambar seperti diatas...Aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat..terutama mempelai...keluarga...sahabat-sahabat pengantin...mak andam..dan rakan seperjuangan ( sdr isam ismail..handal main futsal mamat nih..) tanpa kerjasama dari mereka mungkin tidak dapat menghasilkan sesuatu yang kita impikan...salam penuh kerceriaan dari kami...zaidi warmo 0196026168

Tuesday 22 March 2011

PERNIKAHAN ZURA & ZAIRUL









 As-salam....pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih dan tahniah pada pasangan zura dan zairul atas perkahwinan mereka dan kepercayaan mereka kepada aku untuk mengabadikan kenangan terindah mereka. Terima kasih jua aku nak rakamkan pada Kak lin ( mak andam yang sporting )..pada keluarga mempelai dan kawan-kawan yang banyak bergembira bersama kami..kepada mempelai Insya-Allah album kalian..akan siap dalam waktu terdekat..Berbalik pada cerita mempelai ni...zairul dan zura telah menempah pekaj seawal..6 bulan sebelum majlis..aku puji sikap mereka yang bergitu teliti dalam membuat perancangan..so majlis berjalan dengan lancar..meriah dan penuh gelak ketawa...yang best ramai gadis..gadis comel yang menemani aku kekekeke. Pada yang diluar sana alamilah pengalaman photography yang penuh keriangan bersama kami....hubungi kami untuk sebarang pertanyaan...salam..enjoyce  ( gambar outdoor kalian akan dimasukan dalam waktu terdekat )

Sunday 20 March 2011

PRE-WEDDING HASANOL & SHANAZ





As-salam....pre wedding antara hasanol & shanaz..kali ni pre wedding ni berjalan di ladang UPM ( universiti putra Malaysia). aku akan berkongsi serba sedikit cerita tentang projek ini..insya-Allah dalam waktu terdekat, memandangkan jam dah menunjukan 3.42 pagi...enjoyce...

Tuesday 15 March 2011

DI BELAKANG TABIR







As-salam....heheheh..kasi aku gelak sesorang dulu...semasa korang review gambar-gambar diatas..harap dapat di tolak tepi kualiti gambar tersebut...lupakan soal kompasisi..lupakan pasal lighting...kerana foto tersebut hanya merakamkan seorang jurufoto yang bercita-cita tinggi..( akulah tu tapi masih banyak sangat yang perlu aku pelajari ) gambar di atas juga tidak terlibat dalam proses penyuntingan ...Sekadar berkongsi apa yang berlaku di belakang tabir...ha yang senyum-senyum kat luar tu mesti nak cakap aku hensem..terima kasih bebanyak lah ye.....bergambarlah dengan penuh kegembiraan bersama kami... ( moto ke nih..)

FOTO PERKAHWINAN LIYA & AMIR


As-salam...sedikit perkongsian dari aku pada semua sahabat-sahabat diluar sana...biasanya untuk gambar-gambar close up seperti ini...terutama di dalam majlis perkahwinan ramai jurufoto-jurufoto diluar sana termasuk aku suka mengunakan flash...untuk mendapatkan gambar yang terang dan cantik...photography dalam bahasa yunani bermaksud melukis dengan cahaya..banyak kali aku mengambil gambar-gambar close up..( ada berkata gambar dekat-dekat..janji faham ye tak ) hanya mengunakan cahaya semulajadi..dan aku percaya ramai jurufoto setuju dengan aku....pada aku hasil nya lebih menarik...cuma perlu banyak berexperimentasi..berbalik kepada gambar diatas...pasangan liya dan amir mengenali aku semasa liya menjadi pengapit kepada seorang client aku bernama shima & che nuzi..
pasangan yang ceria..sempoi...dan memang best berkerja dengan mereka...enjoyce..nantikan gambar pre-wedding sanol & syhanaz...gambar perkahwinan ila & zairul..juga Amir & ila..tungggu.....

Wednesday 9 March 2011

FOTO PERKAHWINAN MAN & IZA


As-salam.....kali ni aku nak berkongsi dengan sahabat-sahabat diluar sana..satu outdoor session yang lokasinya memang menjadi idaman ramai fotografer seperti aku...STESEN KERETAPI KLUANG...disamping lokasi yang ala-ala zaman rock kapak 80an..kopi dan rotinya memang besh....sebelum tu aku nak becerita tentang seorang anak kecik..lebih kurang 4 tahun...memandang kami dengan mulut telopong.." eh..mak..banyaknya abang-abang tu makan roti "...wkakakakaka....kelakar gila aku rasa...mau tak aku bertiga masuk pengantin 5 org...order lebih dari 10 roti stim kaya...hehehe..al maklumlah lepas bertugas...lapar..dahaga...ngan ketagih nikotin dunhill lagi...berbalik pada pengantin Man & Iza..mereka berdua memang best..sporting...sentiasa tersenyum...terima kasih pada kalian...love u guys...tugas kami sempurna lebih kurang jam 6 ptg...dan pada pukul 8 malam kami bertiga gerak pulang ke KL....pada sahabat-sahabat diluar sana boleh hubungi saya di talian 019-6026168 untuk apa jua pertanyaan yang berkaitan dengan pakej photography yang kami tawarkan....As-salam....

PRE-WEDDING KHAIRUL & SITI ZUBAIDAH

Salam.....aku masih cuba untuk memahirkan diriku dengan dunia blog nih....buat masa ni aku masih berada di peringkat pening-pening lalat..bagaimana nak memperindah dah menambah info diri aku kat blog nih...ada sesiapa boleh membantu....pada peringkat awal ni...aku hanya akan memasukan gambar-gambar client yang pernah aku dipertanggungjawapkan....seterusnya akan di ikuti dengan gambar-gambar terbaru....semoga Allah menganugrahkan aku dengan ilmu berblog nih..insyaAllah...cerita sedikit tentang gambar pre-wedding di atas tu....pre-wedding nih dijalankan sejurus selepas majlis pertunangan mereka berdua...selepas waktu asar bertempat di Felda Kepis Bahau Negeri Sembilan...pada bulan oct 2010...selepas penat bergusti dengan nyamuk-nyamuk diladang getah tersebut inilah hasil yang aku persembahkan kepada client aku...Mr Bob & Mem Siti....nampaknya mereka gembira dah teruja dengan hasil yang diberikan.....syukur Alhamdulilah....haa...apa..awok pong nak gembira sama..call saya untuk gambar yang penuh kegembiraan ..019-6026168..Zaidi Warmo...As-Salam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...