Aku tiada bakat sebagai seorang pencerita yang hebat...tapi aku percaya gambar boleh menyampaikan ceritanya untuk menjadi sebuah sejarah...kerana sekeping gambar memberi seribu pengertian.

Sunday 30 September 2012

MAKLUMAN KEPADA SEMUA

Terima Kasih kepada semua yang telah melawat ke booth kami di sepanjang pameran pengantin malaysia di PWTC baru-baru ni. Adalah dimaklumkan terdapat sedikit kesilapan di brochure kami. No telefon yang di tulis adalah Zaidi - 019602616....adalah tidak lengkap...no yang boleh di hubungi adalah 0196026168. maaf atas kesilapan yang tidak di sengajakan. Terima kasih juga kepada mereka- mereka yang telah membuat tempahan dengan kami. 

Zaidi Warmo
Skoodeng Photography
0196026168

Wednesday 19 September 2012

HAKIKAT UNTUK MENJADI JURUFOTO HEBAT


Hakikat untuk Jadi Jurufoto Hebat
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
(Telah diubahsuai dari entry asal di blog FOTOTEACHER bertajuk “Hakikat untuk Jadi Jurugambar Hebat”– 9 Julai 2009)
Tiada jalan pintas untuk jadi jurufoto yang hebat. Pertama sekali, kita perlu ada ilmu. Ilmu boleh didapati dengan belajar. Hadir kursus, baca buku, bertanya kepada yang tahu dan sebagainya. Tetapi, ilmu tanpa amal dan latihan tidak akan menjadikan kita mahir.
Ada sesetengah orang yang menganggap, dengan menghadiri kursus fotografi, mereka akan terus jadi mahir. Tetapi, hakikatnya, kemahiran tidak boleh diperolehi dalam masa yang singkat. Hadir kursus boleh memberikan kita ilmu dan kefahaman. Tetapi, kemahiran hanya akan datang dari latihan dan pengalaman.
Dengan minat yang mendalam, sepatutnya kita akan sentiasa berlatih merakam gambar tanpa rasa jemu dan tidak menganggapnya sebagai beban. Kurang masa dan kurang wang bukan alasan untuk kita tidak berlatih merakam gambar. Kita boleh berlatih merakam gambar dengan mencuba berbagai-bagai teknik dan kemahiran hanya dengan berada di dalam rumah. Tidak perlu pergi jauh. Tidak semestinya mencari subjek yang menarik di luar rumah untuk berlatih merakam gambar.
Tentu sekali, memiliki peralatan kamera yang mahal juga bukanlah satu cara yang boleh menjamin kita untuk menjadi seorang jurufoto yang hebat.
Fotografi bukanlah suatu hobi mudah yang penuh dengan keselesaan. Fotografi adalah untuk orang yang sukakan cabaran. Jika anda ingin berjaya dalam fotografi, anda mestilah sanggup untuk berusaha bersungguh-sungguh dan melupakan jalan pintas.
Bagaimana pula cara anda memperbaiki kemahiran fotografi anda? Mungkin anda ada tips lain yang anda ingin kongsikan bersama. Harap anda boleh tuliskan di ruangan komen di bawah. Terima kasih

ZURA & AKMAL HIGHLIGHT + PROMO

Tuesday 4 September 2012

ZURA & AKMAL PRE WEDDING - SKINCHAN















Salam...kali ni aku nak berkongsi serba sedikit gambar pre wedding yang aku rakamkan di sebuah perkampungan di kawan Skinchan Kuala Selangor, Alhamdulilah pasangan ni selamat mendirikan rumahtangga pada 2/9/2012 yang lepas...kami berdoa supaya mereka mendapat kerahmatan dari Allah. Sekali lagi kami mengucapkan tahniah kepada mereka.....( untuk melihat dalam bentuk album - guest book - boleh melayari fan page kami  ) - skoodengphotography di face book- enjoyce.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...