Aku tiada bakat sebagai seorang pencerita yang hebat...tapi aku percaya gambar boleh menyampaikan ceritanya untuk menjadi sebuah sejarah...kerana sekeping gambar memberi seribu pengertian.

Wednesday 28 March 2012

KAMERA YANG HEBAT


“Ooo…patutlah gambar saya tak cantik, kamera dia lagi mahal dan canggih dari kamera saya rupanya. Kamera saya murah saja.Mmm…”
Itulah tanggapan yang sering dikatakan oleh kawan-kawan kita yang baru ingin memnceburi alam fotografi .
“Lagi mahal kamera lagi cantik gambar saya. Lagi tinggi megapixel, lagi hebat gambar saya…lagi besar lensa saya lagi lebih ‘pro’ lagi saya.”
Sebenarnya, semua tanggapan-tanggapan di atas adalah salah dan sering mendominasi fikiran kita, terutama kepda kawan-kawan yang baru. Jika ada yang berfikiran begitu, awaslah…kerana tidak lama lagi poket anda akan kosong!
Teknologi begitu cepat berubah. Kita akan rugi jika hanya mementingkan teknologi daripada ilmu fotografi itu sendiri. Apa yang saya maksudkan di sini ialah sentiasa menukar dan membeli kamera dan lensa yang terbaru dan mahal-mahal. Jika ilmu fotografi kita cukup kuat, dengan peralatan yang murah pun kita boleh ambil gambar yang menarik, cantik ataupun terbaik.
Untuk pengetahuan kawan-kawan pembaca, ramai juga jurugambar di luar sana hanya menggunakan peralatan yang diperlukan. Bukannya peralatan yang mahal-mahal dan keluaran terbaru. Mengapa? Sebabnya mereka telah lama percaya apa yang penting adalah orang yang berada di belakang kamera. Kamera dan peralatan yang terhebat hanya membantu dalam mempercepatkan dan memudahkan kerja kita.
Jika rakan-rakan lihat ramai jurugambar professional menggunakan kamera mahal-mahal dan berteknologi tinggi, ini kerana mereka memang memerlukannya. Bukan beli suka-suka atau untuk menunjuk-nunjuk. Ada juga antara mereka ini mendapat tajaan dari syarikat-syarikat kamera. Di sini kita fikirlah sendiri.
Apa yang penting adalah asas pengetahuan fotografi dan kreativiti kita sendiri dalam ‘membuat’ gambar.
…dan kamera yang terbaik dan terhebat di dunia adalah kamera yang rakan-rakan sedang milikisekarang! Ya, yang sedang anda simpan dalam beg atau ‘dry cabinet’ anda! Itulah kamera terbaik yang kita ada.
Ok…Selamat maju jaya....
artikal ni aku dapat dari seorang sifu besar dalam dunia fotografi malaysia...Sdr Noorizam. Thanks..

Tuesday 27 March 2012

LAWAK 1 - BAKAL AYAH

Setiap pengantin baru pasti mengimpikan untuk menimang cahaya mata..ha..kali ni aku nak kongsi satu lawak yang terjumpa di internet...untuk bakal-bakal pengantin yang akan menjadi ayah..jom layan...


4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.
Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"
"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised"
Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"
"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"
Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"
"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"
Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.
Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??"
Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven

hehehehe...sekali sekala lepaskan stress..ngan lawak macam ni pun ok juga....

Monday 26 March 2012

SITI & NIZAM @ RENGIT JOHOR


Kata orang cinta tu buta...kata orang cinta tu bahagia...peduli apa orang kata...yang aku nak kata.....weii orang-orang kampung ..aku dah kahwin.......heheheheheh
tunggu layout penuh akan diupload selepas...siti dan nizam menerima album mereka....
Alang-alang buat kat johor nih..apa kata kalau aku kongsikan sedikit bahasa orang johor yang aku fikir ramai yang tak perasaan....antaranya...


Air Tawo – Air Tawar
Bak - bawa
Bandor – Bandar
Belajor – belajar
Besor – Besar
Bobos - bocor
Buboh - letak
Cador – cadar
Calor – calar
Cenonet - kecik
Engko – Engkau
Esbok – Peti Sejuk
Gambor – Gambar
Gebor – selimut
Grobok – Almari
Hangen – angin
Hantor – hantar



banyak lagik aku rasa....meh kita fikirkan sesama.....aku pong anak johor gak....

Wednesday 14 March 2012

COBAAN...COBAAN...



Salam...malam selepas aku sampai dari pontian johor kerana menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat.. ( ninot selamat pengantin baru..kalau dah duduk kat europe nanti jangan lupakan kami di malaysia nih....enjoyce..)..aku cuba godeh-godeh CS 3 yang aku pakai nih...maka terhasil le imej sepertimana yang kalian semuua tengok..satu persoalan yang bermain di minda aku ialah...sesuai ke gaya editing bergini untuk gambar perkahwinan?...bagi pengantin yang mengambil Art @ Fine art mungkin mereka boleh terima..kalau kejuruteraan camana..hehehe..sebagai seorang jurugambar perkahwinan aku kena fikirkan apa yang terbaik untuk client² aku...tak bolehlah main syok sendiri atau taram jee..sekeping dua ok kot...kalau semua...mau pening Mak Ngah..Pak Lang..Atuk..Nenek dan mereka-mereka yang tengok album tu...Apa apa pun terpulang pada minat dan citarasa sesorang tu bagaimana untuk mewarnakan Album perkahwinan mereka..Bagi aku dan team Skoodeng Photography minor editing is much better..Apa yang dilihat diblog nih..itulah yang akan diaorang dapat..tidak lebih dan tidak kurang...buat semua bakal-bakal pengantin..yang nak jadik pengantin sekali lagi...yang nak tambah lagi..temui kami di pameran pengantin malaysia yang akan berlangsung di PICC PUTRAJAYA pada 6-8 April ni...booth kami berhampiran dengan pentas utama....tambahkan keceriaan majlis anda dengan Skoodeng Photography & videography dan kerja sama hebat dari Wedding Planner Marlynn Afzan...jumpa kami disana......

Monday 12 March 2012

Dr Anas & Dr Ika @ Taman Puteri Klang


Dr Ika sebelum dinikahkan

Ketibaan Dr Anas membawa seribu erti

Aku terima nikah....

Alhamdulilah..

Bismillahir Ramanir raheem..aku ingin ucapkan tahniah di atas pernikahan dan perkahwinan sepasang Dr muda ni, Dr Anas & Dr Ika..boleh di ibaratkan seperti pinang di belah 2..walaupun nun jauh di russia, aku doakan agar kalian sentiasa bahagia dan dilindungi olehNya..sambutlah salam penuh keikhlasan dari Skoodeng Photography...enjoyce...

Sunday 11 March 2012

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2012 - PICC PUTRAJAYA 6-8 APRIL

Salam sekali lagi..team kami akan turut serta didalam pameran pengantin 2012 di Putrajaya. Kepada bakal-bakal pengantin diluar sana Jom serbu kami di pameran tersebut. Dapatkan pakej yang kami tawarkan pada harga yang sangat berpatutan. Aku difahamkan event yang dianjurkan kali ni berkonsepkan Puteri Gunung Ledang...Pasti menarik...sesiapa rasa nak jadik Hang Tuah boleh lah pakai keris yer....Temanya warna merah ngan kuning....kira kalau pakai jersi pasukan selangor pun ok kot..apa-apa pun bedasarkan pada rekod kami yang lepas..Aku percaya di putrajaya nanti pasti ada sesuatu yang lebih mengegarkan dari team kami....so jangan lupa ....jumpa di sanaaaaa.......enjoyce....

Tuesday 6 March 2012

HEBAHAN KEPADA SEMUA



Kanak-kanak berusia 5 tahun ini hilang pada 1hb Mac 2012 di bawah Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Darul Takzim.

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak malang ini, hubungi Noor Rubeena Baharuddin ditalian 012-5997705 atau Hotline Kontinjen Johor ditalian 07-2254422


Psssttt.. Sebarkan ikut kemampuan yang boleh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...