Aku tiada bakat sebagai seorang pencerita yang hebat...tapi aku percaya gambar boleh menyampaikan ceritanya untuk menjadi sebuah sejarah...kerana sekeping gambar memberi seribu pengertian.

Wednesday 28 March 2012

KAMERA YANG HEBAT


“Ooo…patutlah gambar saya tak cantik, kamera dia lagi mahal dan canggih dari kamera saya rupanya. Kamera saya murah saja.Mmm…”
Itulah tanggapan yang sering dikatakan oleh kawan-kawan kita yang baru ingin memnceburi alam fotografi .
“Lagi mahal kamera lagi cantik gambar saya. Lagi tinggi megapixel, lagi hebat gambar saya…lagi besar lensa saya lagi lebih ‘pro’ lagi saya.”
Sebenarnya, semua tanggapan-tanggapan di atas adalah salah dan sering mendominasi fikiran kita, terutama kepda kawan-kawan yang baru. Jika ada yang berfikiran begitu, awaslah…kerana tidak lama lagi poket anda akan kosong!
Teknologi begitu cepat berubah. Kita akan rugi jika hanya mementingkan teknologi daripada ilmu fotografi itu sendiri. Apa yang saya maksudkan di sini ialah sentiasa menukar dan membeli kamera dan lensa yang terbaru dan mahal-mahal. Jika ilmu fotografi kita cukup kuat, dengan peralatan yang murah pun kita boleh ambil gambar yang menarik, cantik ataupun terbaik.
Untuk pengetahuan kawan-kawan pembaca, ramai juga jurugambar di luar sana hanya menggunakan peralatan yang diperlukan. Bukannya peralatan yang mahal-mahal dan keluaran terbaru. Mengapa? Sebabnya mereka telah lama percaya apa yang penting adalah orang yang berada di belakang kamera. Kamera dan peralatan yang terhebat hanya membantu dalam mempercepatkan dan memudahkan kerja kita.
Jika rakan-rakan lihat ramai jurugambar professional menggunakan kamera mahal-mahal dan berteknologi tinggi, ini kerana mereka memang memerlukannya. Bukan beli suka-suka atau untuk menunjuk-nunjuk. Ada juga antara mereka ini mendapat tajaan dari syarikat-syarikat kamera. Di sini kita fikirlah sendiri.
Apa yang penting adalah asas pengetahuan fotografi dan kreativiti kita sendiri dalam ‘membuat’ gambar.
…dan kamera yang terbaik dan terhebat di dunia adalah kamera yang rakan-rakan sedang milikisekarang! Ya, yang sedang anda simpan dalam beg atau ‘dry cabinet’ anda! Itulah kamera terbaik yang kita ada.
Ok…Selamat maju jaya....
artikal ni aku dapat dari seorang sifu besar dalam dunia fotografi malaysia...Sdr Noorizam. Thanks..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...