Hakikat untuk Jadi Jurufoto Hebat
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
(Telah diubahsuai dari entry asal di blog FOTOTEACHER bertajuk “Hakikat untuk Jadi Jurugambar Hebat”– 9 Julai 2009)
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
(Telah diubahsuai dari entry asal di blog FOTOTEACHER bertajuk “Hakikat untuk Jadi Jurugambar Hebat”– 9 Julai 2009)
Tiada jalan pintas untuk jadi jurufoto yang hebat. Pertama sekali, kita perlu ada ilmu. Ilmu boleh didapati dengan belajar. Hadir kursus, baca buku, bertanya kepada yang tahu dan sebagainya. Tetapi, ilmu tanpa amal dan latihan tidak akan menjadikan kita mahir.
Ada sesetengah orang yang menganggap, dengan menghadiri kursus fotografi, mereka akan terus jadi mahir. Tetapi, hakikatnya, kemahiran tidak boleh diperolehi dalam masa yang singkat. Hadir kursus boleh memberikan kita ilmu dan kefahaman. Tetapi, kemahiran hanya akan datang dari latihan dan pengalaman.
Dengan minat yang mendalam, sepatutnya kita akan sentiasa berlatih merakam gambar tanpa rasa jemu dan tidak menganggapnya sebagai beban. Kurang masa dan kurang wang bukan alasan untuk kita tidak berlatih merakam gambar. Kita boleh berlatih merakam gambar dengan mencuba berbagai-bagai teknik dan kemahiran hanya dengan berada di dalam rumah. Tidak perlu pergi jauh. Tidak semestinya mencari subjek yang menarik di luar rumah untuk berlatih merakam gambar.
Tentu sekali, memiliki peralatan kamera yang mahal juga bukanlah satu cara yang boleh menjamin kita untuk menjadi seorang jurufoto yang hebat.
Fotografi bukanlah suatu hobi mudah yang penuh dengan keselesaan. Fotografi adalah untuk orang yang sukakan cabaran. Jika anda ingin berjaya dalam fotografi, anda mestilah sanggup untuk berusaha bersungguh-sungguh dan melupakan jalan pintas.
Bagaimana pula cara anda memperbaiki kemahiran fotografi anda? Mungkin anda ada tips lain yang anda ingin kongsikan bersama. Harap anda boleh tuliskan di ruangan komen di bawah. Terima kasih
BLOG ASAL..http://www.fototeacher.com/blog/page/3/...Tq...
No comments:
Post a Comment