Aku tiada bakat sebagai seorang pencerita yang hebat...tapi aku percaya gambar boleh menyampaikan ceritanya untuk menjadi sebuah sejarah...kerana sekeping gambar memberi seribu pengertian.

Showing posts with label Dato. Show all posts
Showing posts with label Dato. Show all posts

Friday, 9 September 2011

SELINGAN DAN PERKONGSIAN...

Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Bismillahir Rahmanir Raheem ..Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah adalah salah seorang tokoh yang aku hormati , ingin aku berkongsi serba sedikit tentang beliau yang aku rasa boleh diambil sebagai iktibar.. dan tauladan......
 Mengakui masih ada gemuruh apabila berhadapan dengan orang ramai, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah mempunyai perjalanan unik menjadi salah seorang motivator nasional. Beliau melihat gemuruh adalah tanda pengucap awam itu menghormati tahap intelektual audien yang mendengar.
Berpengalaman mengendalikan lebih enam ribu kursus motivasi, Fadzilah mengakui pilihan keluar dari dunia makan gaji pada awalnya tidak dipersetujui oleh ahli keluarganya, iaitu ayahnya sendiri pada 15 tahun lalu ketika beliau masih menduduki jawatan profesor madya di universiti awam.
Jelas Fadzilah, tekanan kepada individu mencetuskan daya kreativiti dalam diri. Ia mencetuskan tenaga apabila berhadapan dengan cabaran. Niat merangsang orang lain ke arah perubahan juga dilihat sebagai satu tekanan kepada diri agar memberikan sesuatu yang terbaik.
Budaya membaca yang diterapkan dalam amalan hidup menjadikan Fadzilah lebih bersedia dan peka dengan keadaan semasa yang menuntut perubahan. Menjadikan amalan membeli sepuluh buah buku sebulan, beliau memastikan tiga hingga empat buah buku selesai dibaca dalam tempoh seminggu.
Memetik kata-kata, “Apabila kamu membandingkan diri kamu dengan orang lain, maka kamu telah menghina diri kamu,” menjadikan Fadzilah Kamsah terdorong melihat pembahagian kehebatan diri manusia oleh Allah adalah setara tetapi dalam pakej yang berbeza. Di sini perlunya bagi individu memahami dan mengurus bakat yang sedia dimiliki.

Wednesday, 4 May 2011

Kunjungan rasmi YAB Datuk Mukriz Tun Mahathir ke premis Fabrikasi BC Petrochemical Sdn Bhd











As-salam..pertama sekali saya nak mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada BC Petrochemical Sdn Bhd khasnya dan Cik Adila amnya kerana memberi kerpercayaan kepada saya untuk satu majlis yang bergitu bermakna kepada BCP dan juga saya. Inilah pertama kali saya terlibat secara langsung bersama VVIP yang juga merupakan salah sorang insan yang saya kagumi... Datuk Mukriz Tun Mahathir..terima kasih Datuk...Saya tidak dapat mengulas panjang mengenai majlis ini kerna tertakluk kepada terma dan syarat..sekadar perkongsian dari sudut fotografi dan halwa mata kepada para sahabat diluar sana..enjoyce
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...