Salam...terima kasih kepada Azlina & Sarizal yang telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka pada 3 mac 2012. Mereka antara pasangan yang membuat booking sempena pameran pengantin Malaysia di SACC Mall Shah Alam pada bulan Oct 2011.Tahniah kepada Mereka,Pihak kami mendoakan agar mereka sentiasa dilindungi Allah. dan berbahagia selalu...Album kalian dalam proses pencetakan....Salam penuh keikhlasan dari Skoodeng Photography.
Wednesday, 18 April 2012
Monday, 16 April 2012
Monday, 2 April 2012
TUAN HJ SAHARUDIN & PUAN HJH SUHAILIZA HANIM
Tahniah kami ucapkan kepada pasangan mempelai Tuan Haji dan Puan Hajah, diatas perkahwinan mereka yang berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Tan Sri Mahfuz Kuala Lumpur. Terima Kasih juga ingin aku rakamkan kepada Tuan Haji Saharudin dan Isteri yang memberi sepenuh kerjasama kepada kami di sepanjang berlangsungnya majlis yang penuh gemilang ni. Terima Kasih jua kepda Marlynn Afzan & Abg Din. Insya Allah sebaik sahaja Tuan haji terima Album, Layout album tersebut akan saya kongsikan disini. salam ikhlas dari saya..zaidi skoodeng photography...
Wednesday, 28 March 2012
KAMERA YANG HEBAT
“Ooo…patutlah gambar saya tak cantik, kamera dia lagi mahal dan canggih dari kamera saya rupanya. Kamera saya murah saja.Mmm…”
Itulah tanggapan yang sering dikatakan oleh kawan-kawan kita yang baru ingin memnceburi alam fotografi .
“Lagi mahal kamera lagi cantik gambar saya. Lagi tinggi megapixel, lagi hebat gambar saya…lagi besar lensa saya lagi lebih ‘pro’ lagi saya.”
Sebenarnya, semua tanggapan-tanggapan di atas adalah salah dan sering mendominasi fikiran kita, terutama kepda kawan-kawan yang baru. Jika ada yang berfikiran begitu, awaslah…kerana tidak lama lagi poket anda akan kosong!
Teknologi begitu cepat berubah. Kita akan rugi jika hanya mementingkan teknologi daripada ilmu fotografi itu sendiri. Apa yang saya maksudkan di sini ialah sentiasa menukar dan membeli kamera dan lensa yang terbaru dan mahal-mahal. Jika ilmu fotografi kita cukup kuat, dengan peralatan yang murah pun kita boleh ambil gambar yang menarik, cantik ataupun terbaik.
Untuk pengetahuan kawan-kawan pembaca, ramai juga jurugambar di luar sana hanya menggunakan peralatan yang diperlukan. Bukannya peralatan yang mahal-mahal dan keluaran terbaru. Mengapa? Sebabnya mereka telah lama percaya apa yang penting adalah orang yang berada di belakang kamera. Kamera dan peralatan yang terhebat hanya membantu dalam mempercepatkan dan memudahkan kerja kita.
Jika rakan-rakan lihat ramai jurugambar professional menggunakan kamera mahal-mahal dan berteknologi tinggi, ini kerana mereka memang memerlukannya. Bukan beli suka-suka atau untuk menunjuk-nunjuk. Ada juga antara mereka ini mendapat tajaan dari syarikat-syarikat kamera. Di sini kita fikirlah sendiri.
Apa yang penting adalah asas pengetahuan fotografi dan kreativiti kita sendiri dalam ‘membuat’ gambar.
…dan kamera yang terbaik dan terhebat di dunia adalah kamera yang rakan-rakan sedang milikisekarang! Ya, yang sedang anda simpan dalam beg atau ‘dry cabinet’ anda! Itulah kamera terbaik yang kita ada.
Ok…Selamat maju jaya....
artikal ni aku dapat dari seorang sifu besar dalam dunia fotografi malaysia...Sdr Noorizam. Thanks..
Tuesday, 27 March 2012
LAWAK 1 - BAKAL AYAH
Setiap pengantin baru pasti mengimpikan untuk menimang cahaya mata..ha..kali ni aku nak kongsi satu lawak yang terjumpa di internet...untuk bakal-bakal pengantin yang akan menjadi ayah..jom layan...
4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.
Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"
"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised"
Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"
"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"
Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"
"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"
Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.
Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??"
Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven
hehehehe...sekali sekala lepaskan stress..ngan lawak macam ni pun ok juga....
Monday, 26 March 2012
SITI & NIZAM @ RENGIT JOHOR
Kata orang cinta tu buta...kata orang cinta tu bahagia...peduli apa orang kata...yang aku nak kata.....weii orang-orang kampung ..aku dah kahwin.......heheheheheh
Alang-alang buat kat johor nih..apa kata kalau aku kongsikan sedikit bahasa orang johor yang aku fikir ramai yang tak perasaan....antaranya...
Air Tawo – Air Tawar
Bak - bawa
Bandor – Bandar
Belajor – belajar
Besor – Besar
Bobos - bocor
Buboh - letak
Cador – cadar
Calor – calar
Cenonet - kecik
Engko – Engkau
Esbok – Peti Sejuk
Gambor – Gambar
Gebor – selimut
Grobok – Almari
Hangen – angin
Hantor – hantar
banyak lagik aku rasa....meh kita fikirkan sesama.....aku pong anak johor gak....
Air Tawo – Air Tawar
Bak - bawa
Bandor – Bandar
Belajor – belajar
Besor – Besar
Bobos - bocor
Buboh - letak
Cador – cadar
Calor – calar
Cenonet - kecik
Engko – Engkau
Esbok – Peti Sejuk
Gambor – Gambar
Gebor – selimut
Grobok – Almari
Hangen – angin
Hantor – hantar
banyak lagik aku rasa....meh kita fikirkan sesama.....aku pong anak johor gak....
Wednesday, 14 March 2012
COBAAN...COBAAN...
Salam...malam selepas aku sampai dari pontian johor kerana menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat.. ( ninot selamat pengantin baru..kalau dah duduk kat europe nanti jangan lupakan kami di malaysia nih....enjoyce..)..aku cuba godeh-godeh CS 3 yang aku pakai nih...maka terhasil le imej sepertimana yang kalian semuua tengok..satu persoalan yang bermain di minda aku ialah...sesuai ke gaya editing bergini untuk gambar perkahwinan?...bagi pengantin yang mengambil Art @ Fine art mungkin mereka boleh terima..kalau kejuruteraan camana..hehehe..sebagai seorang jurugambar perkahwinan aku kena fikirkan apa yang terbaik untuk client² aku...tak bolehlah main syok sendiri atau taram jee..sekeping dua ok kot...kalau semua...mau pening Mak Ngah..Pak Lang..Atuk..Nenek dan mereka-mereka yang tengok album tu...Apa apa pun terpulang pada minat dan citarasa sesorang tu bagaimana untuk mewarnakan Album perkahwinan mereka..Bagi aku dan team Skoodeng Photography minor editing is much better..Apa yang dilihat diblog nih..itulah yang akan diaorang dapat..tidak lebih dan tidak kurang...buat semua bakal-bakal pengantin..yang nak jadik pengantin sekali lagi...yang nak tambah lagi..temui kami di pameran pengantin malaysia yang akan berlangsung di PICC PUTRAJAYA pada 6-8 April ni...booth kami berhampiran dengan pentas utama....tambahkan keceriaan majlis anda dengan Skoodeng Photography & videography dan kerja sama hebat dari Wedding Planner Marlynn Afzan...jumpa kami disana......
Subscribe to:
Posts (Atom)





