Wednesday, 20 April 2011
LUAR KOTAK PEMIKIRAN
Seorang lelaki mengadu kepada seorang doktor pakar mengenai
masalahnya tidak boleh tidur malam.
Pelbagai cara telah diusahakan, tetapi masalah tetap tidak
dapat diatasi.
" Apa yang menganggu fikiran kamu hingga tidak dapat tidur"
tanya doktor.
" Saya rasa ada seekor dinosor bersembunyi dibawah katil saya,
dan apabila saya memejamkan mata, dinosor itu akan membaham saya!!"
" Masalah awak hanya ada pada pemikiran awak.Tidak ada dinasor
percayalah."
" Ada!!" jawapnya penuh yakin.Doktor itu mengadakan mesyuarat
dalam kalangan doktor-doktor pakar berbincang mengenai masalah lelaki ini
"Jelas ini masalah psikologi," kata doktor pakar piskologi.
"ini masalah fobia akibat didikan masa lampau", ujar seorang pakar yang lain.
"Saya rasa ini berkaitan dengan masalah saraf," tambah seorang doktor
pakar saraf.
"Baiklah. saya berikan masa untuk awak semua mencuba kaedah masing-masing
untuk mengubatinya", rumus doktor tadi.
Selepas seminggu, doktor-doktor tersebut bermusyarat semula untuk
membentangkan laporan masing-masing.
"Ini masalah piskologi yang sangat kronik.Pelbagai kaedah telah saya gunakan,
tetapi dia tetap merasakan ada dinasor dibawah katilnya", pakar piskologi membuat
penjelasan.
"Sarafnya semua okey.Tidak ada apa-apa yang tidak normal." Saya syorkan dia
menerima rawatan alternatif"
Banyak cadangan yang diusulkan, sehingga doktor itu binggung mana
satu rawatan logik untuk digunakan
Di rumah , doktor itu bermenung panjang."Mengapa ayah termenung?" tegur
anaknya yang berusia tujuh tahun."Ada masalah seorang pesakit ayah"
"Apa masalahnya ayah?Mana tahu saya boleh membantu." Dalam hati doktor
terdetik kalau daripada kalangan doktor-doktor pakar pun tidak dapat membantu,
inikan pula anak yang berusia setahun jagung!!
Namun untuk meraikan si anak, doktor itu pun menceritakan masalah pesakitnya.
"Oh dia rasa ada dinosaur menyorok dibawah katilnya hingga tidak boleh tidur?"
"Ya bergitulah."
"Kalau bergitu ayah potong sahaja kaki katilnya!!"
"Apa pula kaitannya kaki katil itu dengan masalah tidak boleh tidur?"
"Kalau kita potong kaki katilnya sudah tentu dinasour itu tidak ada tempat untuk bersembunyi."
Esoknya, kaki katil pesakitnya dipotong."Nah sekarang dinosaur itu tidak ada tempat
lagi bersembunyi dibawah katil kamu. Kamu boleh tidur sekarang."
Benarlah, si pesakit itu pun boleh tidur dengan nyenyaknya.
Pengajaran : Bertapa banyak masalah besar yang dapat diungkai apabila kita berfikir
dengan santai, bebas dan keluar daripada kotak pemikiran yang biasa.
dengan santai, bebas dan keluar daripada kotak pemikiran yang biasa.
Monday, 28 March 2011
KESAH AKU..DIA DAN BUAH DURIAN ( PRE-WEDDING )
Nantikan kemunculanya..pasti akan memecah panggung..kejadian Pre-Wedding ini berlaku di salah sebuah perkampungan Felda di Johor....nak kasi tajuk apa ye???? any idea???...
Sunday, 27 March 2011
FOTO PERKAHWINAN AMIR & MAS ( OUTDOOR )
Dikala burung-burung berkicau merdu...dikala embun mula menghilangkan diri...hahahah...As-salam....kali ni aku nak berkongsi dengan semua sahabat-sahabat diluar sana terutama pasangan mempelai Amir & Mas..Mereka ( mempelai ) memang pasangan yang aku boleh katakan gila-gila remaja...memang sempoi..mudah berkerjasama dan yang penting bergembira bersama kami..outdoor ( luar pintu???? ) kali ni aku memilih satu kawasan di pulau indah Klang..dengan persetujuan pengantin..inilah kali pertama aku membawa client aku kesana...agak menarik...kerana sebelum pulang kami singgah di kampung nelayan milik orang asli...selepas minta kebenaran pada yang empunya tempat barulah kami berani menjalankan kerja di perkampungan tersebut ( mau kena sumpit kalau tak tanya ). Dengan sedikit olahan jalan cerita dan dengan bantuan teknologi nikon terhasillah gambar seperti diatas...Aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat..terutama mempelai...keluarga...sahabat-sahabat pengantin...mak andam..dan rakan seperjuangan ( sdr isam ismail..handal main futsal mamat nih..) tanpa kerjasama dari mereka mungkin tidak dapat menghasilkan sesuatu yang kita impikan...salam penuh kerceriaan dari kami...zaidi warmo 0196026168
Thursday, 24 March 2011
Tuesday, 22 March 2011
PERNIKAHAN ZURA & ZAIRUL
As-salam....pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih dan tahniah pada pasangan zura dan zairul atas perkahwinan mereka dan kepercayaan mereka kepada aku untuk mengabadikan kenangan terindah mereka. Terima kasih jua aku nak rakamkan pada Kak lin ( mak andam yang sporting )..pada keluarga mempelai dan kawan-kawan yang banyak bergembira bersama kami..kepada mempelai Insya-Allah album kalian..akan siap dalam waktu terdekat..Berbalik pada cerita mempelai ni...zairul dan zura telah menempah pekaj seawal..6 bulan sebelum majlis..aku puji sikap mereka yang bergitu teliti dalam membuat perancangan..so majlis berjalan dengan lancar..meriah dan penuh gelak ketawa...yang best ramai gadis..gadis comel yang menemani aku kekekeke. Pada yang diluar sana alamilah pengalaman photography yang penuh keriangan bersama kami....hubungi kami untuk sebarang pertanyaan...salam..enjoyce ( gambar outdoor kalian akan dimasukan dalam waktu terdekat )
Sunday, 20 March 2011
PRE-WEDDING HASANOL & SHANAZ
As-salam....pre wedding antara hasanol & shanaz..kali ni pre wedding ni berjalan di ladang UPM ( universiti putra Malaysia). aku akan berkongsi serba sedikit cerita tentang projek ini..insya-Allah dalam waktu terdekat, memandangkan jam dah menunjukan 3.42 pagi...enjoyce...
Subscribe to:
Posts (Atom)











