Bismillahir Rahmanir Raheem..Kepada pengunjung² blog Skoodeng ni..Pihak kami akan berada di Shah Alam Convention Centre pada 24- 26 Feb 2012..sempena karnival pameran pengantin. Pihak kami menawarkan servis yang terbaik dan kami menjanjikan kepuasan kepada semua bakal pelanggan-pelanggan kami dengan harga yang sangat berpatutan. One Stop Centre, segalanya ada disini..daripada Photography / Videography / Andaman / Baju Persalinan / Kanopi / Katering dan segala keperluan yang anda perlukan untuk menjayakan sesuatu majlis. Temui kami di booth no 97/98 , dapatkan dari hanya yang terbaik..jumpa anda disana...
Wednesday, 15 February 2012
Thursday, 2 February 2012
DR IKIN & DR ALFIAN @ WANGSAMAJU KUALA LUMPUR
Engkau bagai air yang jernih...didalam bekas yang berdebu..itulah sebaris lirik lagu suci dalam debu yang dipopularkan oleh kumplan iklim satu masa dulu, apa kaitan lagu ni dengan entry kali ni ye??? Dr Ikin ni anak kepada pencipta lirik lagu berkenaan..En Wan Zul..majlis yang telah berlangsung di wangsamaju KL..sangat² meriah dengan kehadiran ramai rakan² artis tapi yang paling seronok..ramai bakal² doktor yang datang..cantik² pulak orangnye..jom kita layan sedikit sahaja gambar kerana PNC....arios amigos.....
AZLEEN & AHMAD @ DEWAN MATRADE KUALA LUMPUR
Salam..satu lagi gambar perkahwinan yang ingin aku kongsikan, seronok bila mana aku berpeluang mengambil sekali lagi majlis yang diadakan oleh keluarga En syed ni. Boleh dikatakan majlis yang berlangsung dengan meriah di dewan Matrade jalan Duta KL ni, bukan sebagai 1 malaysia, tapi 1 dunia. Apa tidaknya ada tetamu datang dari US, ada yang datang dari iraq, pakistan, singapura dan pelbagai negara lagi, sungguh kuat ikatan silaturahim antara mereka. Buat Azleen dan Ahmad yang mana gambar outdoornya dirakamkan di lake garden ingin aku ucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga akhir hayat, dengan ini sambutlah salam penuh keikhlasan dari Skoodeng Photography. ( terima kasih buat semua yang terlibat, terutama Kak Zaimah & Chef Halim )
Tuesday, 31 January 2012
FOTO PERTUNANGAN AZLIN @ BANDAR SUNWAY
fuhh..agak lama aku tak update blog nih...kesibukan tahap menteri pun tak sesibuk aku...bermula dengan bulan oct hingga dec 2011 syukur alhamdulilah..job yang diterima oleh skoodeng photography amat-amat mengalakan...terima kasih kepada semua....cuma maaf aku minta andai ikata sedikit terlewat album kalian untuk disiapkan...( paling lewat pun 1 bulan 3 minggu....selalunya dalam 3 minggu ke sebulan...)..kepada semua diluar sana skoodeng photography sekali lagi akan ada di pameran pengantin di SACC SHAH ALAM pada 25 Feb 2012-27 Feb 2012..dapatkan promosi dan tawaran terbaik dari kami....jumpa anda disana...adios amigossss... ( susunan dibawah adalah tidak sama dengan susunan di dalam album mendikut muka surat - makluman )
Monday, 30 January 2012
10 Tip Untuk Mendapatkan Perkahwinan yang Bahagia
10 Tip Dalam Misi Membina Keluarga Bahagia
1. Beri ruang pada pasangan anda untuk lakukan perkara yang dia suka dan meninggalkan perkara yang dia tidak suka. Anda tidak boleh memaksa dia untuk suka apa yang anda suka dan tidak suka apa yang anda tidak suka.
2. Sentiasa luangkan masa untuk bersama dengan pasangan anda. Semakin anda luangkan masa bersama, semakin bahagia anda berdua akan jadi.
3. Jangan perbesarkan pergaduhan yang kecil. Apabila anda berdua bergaduh mengenai perkara kecil, anda tidak perlu terbawa – bawa sehingga ke luar rumah. Selesai segala pergaduhan secara dalaman.
4. Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada pasangan anda kerana ia memberi tekanan kepada pasangan anda secara tidak langsung. Sentiasa beri dorongan dan sokongan kepada dia.
5. Sentiasa berhubungan secara fizikal dengan pasangan anda seperti pelukan, ciuman dan hubungan seks. Jika tiada perhubungan secara fizikal, anda berdua pasti akan rasa jauh antara satu sama lain.
6. Sentiasa adakan perbincangan dengan pasangan anda mengenai semua hal termasuklah hal – hal yang kecil. Buang ego anda jika anda ingin ada komunikasi yang baik dengan pasangan anda.
7. Sentiasa kongsi tanggungjawab dengan pasangan anda. Jangan bertindak seorang diri. Sebaliknya bentuk satu pasukan dengan pasangan anda.
8. Sentiasa ubah perangai anda untuk jadi lebih baik. Dugaan semakin sukar mengikut masa anda berkahwin. Jika anda tidak matangkan diri dari sebelumnya, anda mungkn akan goyah.
9. Sentiasa hormat antara satu sama lain. Jangan tinggikan suara secara membabi buta pada pasangan anda. Hormat dia sebagai pasangan anda.
10. Sentiasa hargai pasangan anda seperti memberi hadiah kepada dia. Walaupun hadiah tersebut mungkin tidak mahal, ia pasti akan menerbitkan perasaan gembira di hati pasangan anda. Namun, bukan semua penghargaan perlu diberi dalam bentuk hadiah.
Kepada yang beragama Islam, ajaran Islam jangan ditinggalkan dan untuk yang beragama lain juga begitu. Walaupun beribu tip telah dilakukan, tanpa KESETIAAN pada pasangan pasti segala yang dibina akan musnah dalam sekelip mata dan sukar untuk mengecapi kebahagiaan yang setiap orang idamkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
























