Aku tiada bakat sebagai seorang pencerita yang hebat...tapi aku percaya gambar boleh menyampaikan ceritanya untuk menjadi sebuah sejarah...kerana sekeping gambar memberi seribu pengertian.

Friday, 9 September 2011

SELINGAN DAN PERKONGSIAN...

Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Bismillahir Rahmanir Raheem ..Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah adalah salah seorang tokoh yang aku hormati , ingin aku berkongsi serba sedikit tentang beliau yang aku rasa boleh diambil sebagai iktibar.. dan tauladan......
 Mengakui masih ada gemuruh apabila berhadapan dengan orang ramai, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah mempunyai perjalanan unik menjadi salah seorang motivator nasional. Beliau melihat gemuruh adalah tanda pengucap awam itu menghormati tahap intelektual audien yang mendengar.
Berpengalaman mengendalikan lebih enam ribu kursus motivasi, Fadzilah mengakui pilihan keluar dari dunia makan gaji pada awalnya tidak dipersetujui oleh ahli keluarganya, iaitu ayahnya sendiri pada 15 tahun lalu ketika beliau masih menduduki jawatan profesor madya di universiti awam.
Jelas Fadzilah, tekanan kepada individu mencetuskan daya kreativiti dalam diri. Ia mencetuskan tenaga apabila berhadapan dengan cabaran. Niat merangsang orang lain ke arah perubahan juga dilihat sebagai satu tekanan kepada diri agar memberikan sesuatu yang terbaik.
Budaya membaca yang diterapkan dalam amalan hidup menjadikan Fadzilah lebih bersedia dan peka dengan keadaan semasa yang menuntut perubahan. Menjadikan amalan membeli sepuluh buah buku sebulan, beliau memastikan tiga hingga empat buah buku selesai dibaca dalam tempoh seminggu.
Memetik kata-kata, “Apabila kamu membandingkan diri kamu dengan orang lain, maka kamu telah menghina diri kamu,” menjadikan Fadzilah Kamsah terdorong melihat pembahagian kehebatan diri manusia oleh Allah adalah setara tetapi dalam pakej yang berbeza. Di sini perlunya bagi individu memahami dan mengurus bakat yang sedia dimiliki.

LAMBRETTA....


Bismillahir Rahmanir Raheem...Ramadhan Almubarak yang penuh keberkatan sudah berlalu..syawal..masih diraikan...sudah sampai masanya aku aktif kembali dalam dunia blogging nih...sesudah berehat seketika bagi menghormati bulan  Ramadhan...Udi dan Farrah..pasangan dua sejoli nih..memang pasangan yang sangat-sangat sporting...meriah...dan berkerjasama dengan baik..sebagaimana semua client² yang lain....ingin aku kongsikan sedikit sebanyak..gambar outdoor semasa majlis mereka...sedikit paparan yang mengambarkan..kegembiraan tahap maxima yang melanda mereka....enjoyce...


YUDI & FARRAH MEMBELAI CINTA


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap Selamat Menyambut Aidilfitri buat semua sahabat pengunjung blog Skoodeng Photography ini. Bagi yang pulang ke kampung halaman, semoga selamat di dalam setiap perjalanan yang dibuat. Sekiranya ada salah dan silap dan tindak tanduk yang mengguris hati di dalam penulisan di dalam blog ini, saya dengan rendah hati memohon jutaan maaf. Terima kasih atas kunjungan saudara saudari, semoga kita dapat bertemu kembali selepas Aidilfitri.

Maaf Zahir Batin & Selamat Menyambut Aidilfitri..

Thursday, 11 August 2011

FOTO PERNIKAHAN AIN & HAFIZ ( SENAI JOHOR )


1. As -salam....kepada semua..yang membaca nukilan aku nih....kali ni aku nak berkongsi serba sedikit perjalanan yang menyeronokan semasa diamanahkan oleh saudari Ain dan hafiz.....

2. Aku bertolak dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pada hari jumaat jam...10.30 malam..sebelum singgah di Putra Perdana Puchong untuk mengambil sahabatku sufii....

3.Singgah di Putra jaya ...layan Mee Goreng Mamak bersama -sama dengan 3 orang lagi sahabat....yang mana 2 dari mereka akan ikut serta aku ke JB...borak punya borak jam dah dekat pukul 12.30 malam..perghhh perjalanan masih jauh nih......dengan lafaz Bismilah...aku bergerak ke JB dengan 2 kereta ( ngelat member aku pakai V6....manalah aku boleh race ngan dia...maklumlah pakai kereta uncle² ).

4. Alhamdulilah akhirnya dengan pemanduan yang berhemah...dan secara bergilir..kitaorang sampai ke exit Kulai lebih kurang jam 4.30 pagi....yang tak syoknya sebaik sahaja bayar tol...aku kena tahan polis..yang buat sekatan jalan raya .." En ..saya rasa En tahu yang no plate EN tak lengkapkan " kata abang polis yang hensem tu..." eh ye ker tok..." sambil buat muka yang pura² tak tahu....geh...geh..geh...selepas puas kena ceramah aku dilepaskan dengan kata² saya tak nak tengok no kereta awak ni tak lengkap lagi paham....baik tok....

5. Selepas di susul oleh abang kepada pengantin permpuan ..ahkhirnya kami dapat melelapkan mata lebih kurang jam 6.30 pagi...jam 10.30dah nak bangun nih......

6...bersambung pada entry seterusnya...tunggu cerita sahabat aku di tahan pihak imegressen singapura gara² tak membuka kotak rokok......dan berapa berdebarnya pengantin saat-saat pernikahan berlangsung.....

Thursday, 4 August 2011

MAJALAH PESONA PENGANTIN - IKLAN


1. As-salam..terima kasih kepada Kak Marlynn tuan empunya Butik Pengantin Marlynn Afzan di Klang (http://marlynnafzan.blogspot.com/) di atas kerpercayaan yang diberi kepada skoodeng photography untuk merakamkan hasil tanganya bagi tujuan promosi di majalah pesona pengantin..
2. Terima kasih juga kepada patner Mr Sufii yang banyak membantu..( mekasih fi kang kita kena mee goreng mamak siap telo mata ) sehingga akhir pengembaraan..pergh macam buat movie..
3.Juga kepada model kita miza...terima kasih banyak² atas kerjasama yang diberikan.
4.Mengikut perancangan insyaAllah kalau diberi keizinan olehNya..Skoodeng Photography akan ada di pameran pengantin di SACC MALL shah alam..pada hujung bulan 10 nanti..promo akan dikeluarkan selepas raya.
5.kepada bakal² pengantin 2012..temui kami disana untuk mendapat yang TERBAIK dari kami.....enjoyce...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...