Aku tiada bakat sebagai seorang pencerita yang hebat...tapi aku percaya gambar boleh menyampaikan ceritanya untuk menjadi sebuah sejarah...kerana sekeping gambar memberi seribu pengertian.

Wednesday, 14 December 2011

SNEK PENGANTIN BARU......



Di waktu malam, saat menonton televisyen ataupun menghadap komputer, pasti terasa ingin mengunyah sesuatu. Jikalau bukan coklat, pastinya makanan ringan lain yang menjadi pilihan. Buat yang bakal mendirikan rumah tangga, adakah anda sudah terlupa dengan jadual diet anda? Jikalau tertekan dengan persiapan perkahwinan sekalipun, janganlah hilangkan tekanan dengan memakan snek-snek yang tidak berkhasiat. Bukalah diari diet anda semula. Semak
dengan teliti perkara-perkara yang sepatutnya anda lakukan untuk menurunkan berat badan.

♥ Apakah snek berkhasiat?
Pengambilan snek yang salah boleh mengundang kepada peningkatan berat badan dan mengganggu pola pemakanan harian. Namun, jika anda bijak mengambil snek dalam waktu yang betul dan sesuai, snek tersebut boleh memberikan tenaga yang berpanjangan. Pengambilan snek yang terbaik ialah dua jam sebelum waktu makan utama. Oleh itu, bakal pengantin di luar sana, rancanglah pemakanan yang baik untuk diri anda demi mendapatkan tubuh yang menawan di hari bahagia. Selain makanan ringan yang biasa dijadikan snek, cubalah makan makanan lain yang boleh dijadikan snek dan pastinya berkhasiat, sihat, dan seimbang.

♥ Biskut bijirin, anggur, dan keju
Saat mendengar jenis-jenis makanan ini pastinya terasa gerun hendak memakannya. Namun, tahukah anda, jika mengambil biskut bijirin, anggur, dan keju ini dengan kadar yang betul, anda boleh tampil sihat? Bijirin penuh atau lebih dikenali sebagai wholemeal seperti gandum mampu menurunkan kandungan gula darah dan juga kolesterol. Keju pula yang semestinya menjadi kegemaran ramai, mampu menambahkan unsur protein di samping menstabilkan gula, mengelakkan daripada cepat lapar, dan sebagai sumber kalsium untuk tulang.

 ♥ Sebiji epal sehari, menjauhkan kita daripada doktor!
Pernahkah anda mendengar pepatah tersebut? Hal ini ada kebenarannya. Amalkanlah pengambilan buah-buahan seperti epal kerana buah ini mengandungi kadar kandungan gula yang rendah. Selain kandungan gula yang rendah, buah epal juga mempunyai serat yang tinggi dan sesuai untuk pesakit diabetes. Namun, jangan pula anda ''melupakannya'', walaupun anda tidak mempunyai diabetes. Lebih elok jika sediakan payung sebelum hujan, bukan?

♥ Campuran sayursayuran segar dan yogurt
Sayur-sayuran segar dan mentah sememangnya kaya dengan pelbagai zat penting kerana tidak dimasak lagi. Oleh itu, untuk tambahan hidangan di malam hari, apa kata anda tambahkan menu sayur-sayuran segar seperti lobak merah dan brokoli. Kemudian, campurkan sayur-sayuran segar tersebut dengan yogurt
rendah lemak yang kaya dengan sumber protein. Dengan cara ini, perut akan lambat lapar selain tulang menjadi kuat.

Panduan
- Pilihlah makanan yang boleh dijadikan snek dan semestinya yang rendah lemak, gula, dan garam.
- Cubalah pilih snek daripada kumpulan karbohidrat kompleks serta tinggi serat, vitamin, dan mineral.
- Rancanglah pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Piramid makanan akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda.
- Snek boleh membantu anda mengelakkan diri daripada makan apa-apa sahaja yang anda lihat, namun mestilah snek yang berkhasiat.
- Ambillah snek ketika anda lapar dan bukannya apabila anda rasa bosan, gelisah atau tertekan.
- Hadkan pengambilan snek kurang daripada 250 kilokalori setiap kali ia diambil dan jika terlebih, lakukanlah senaman bagi menyeimbangkannya semula.

ARCHITECTURE PHOTOGRAPHY 2

Salam...Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi menjadi lokasi seterusnya untuk aku dalam menjalankan tugasan kali ini. woshh sekali bangunan ni masih dalam pembinaan daa..tapi dah nak siap lebih kurang 90%, oleh kerana gambar untuk projek ni diperlukan oleh firma tersebut..aku cuba sehabis baik....bederau darah bila on kamera...ada tulisan err....arghhh..SD card tertinggal la pulak....adeh....start kereta terus lari ker warta bangi...Alhamdulilah ada gak kedai yang jual SD card tu....ok..cukup cerita pasal UKM...semua orang tahu bulan 11 & 12 merupakan bulan yang agak sibuk untuk jurugambar² perkahwinan, termasuk aku..Alhamdulilah..tugasan yang diterima memenuhkan semua hari sabtu dan minggu aku untuk bulan tersebut...insya Allah jika ada sikit kelapangan akan aku upload kan serba sedikit..semua gambar-gambar pengantin yang aku ambil...


17 Perkara Utama Bakal Pengantin Perlu Tahu



1. Rancang Kewangan
Rancang kewangan perbelanjaan perkahwinan. Pastikan bajet cukup untuk hantaran, hidangan tetamu, pelamin, baju dan lain-lain kelengkapan. Simpan sedikit wang untuk hal-hal sampingan misalnya untuk membeli pembalut, gam, dan lain-lain.

2. Perbincangan
Bincangkan hal adat perkahwinan dengan ibu bapa dan orang yang lebih tua. Tanya pendapat mereka kerana mereka boleh memberi idea yang bernas. Pengalaman mereka boleh dijadikan panduan.

3. Konsep majlis
Tentukan konsep majlis. Pelbagai tema boleh menjadi pilihan anda yang merangkumi set ruang makan tetamu, pelamin, bilik tidur dan lain-lain lagi. Cari kelainan supaya majlis anda lebih “happening”.

4. Khidmat perunding perkahwinan
Merujuk kepada perunding perkahwinan, kerana mereka lebih arif. Perkhidmatan ini menjadikan majlis anda berjalan dengan lancar. Bajet anda juga akan lebih jelas kerana perunding akan menyatakan harga kelengkapan majlis anda.

5. Tempahan di kedai pengantin
Tempah pelamin, busana pengantin dan jurusolek/juruandam. Lebih mudah jika dalam satu pakej dan anda boleh dapat harga lebih murah. Jurusolek boleh membuat suai padan make up dengan baju dan bentuk wajah anda.

6. Jurugambar
Pilih jurugambar atau videografi berdasarkan bajet dan cita rasa. Nyatakan kehendak anda kepadanya supaya lebih memenuhi kehendak anda. Gambar merupakan kenang-kenangan abadi peristiwa dalam hidup anda. Rujuk gambar-gambar yang pernah menggunakan perkhidmatannya.

7. Kursus pra-perkahwinan
Kursus pra perkahwinan di Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama atau syarikat swasta yang berdekatan dengan kawasan. Kursus ini memang wajib untuk bakal-bakal pengantin yang berdaftar di samping mendidik bakal pengantin mendirikan rumah tangga yang bahagia.

8. Orang yang terlibat dalam pernikahan
Pastikan wali dan saksi nikah anda. Masalah akan timbul jika pihak perempuan tidak dapat mencari walinya sendiri. Jika bapa telah meninggal dunia boleh abang atau adik kandung menjadi wali atau wali hakim. Tempah Tok Kadi dan masjid jika tidak bernikah di rumah.

9. MenJemput kumpulan muzik
Tempah kumpulan muzik atau DJ jika perlu. Kumpulan muzik adalah untuk memeriahkan lagi majlis. Jika anda pergi ke majlis kahwin yang tiada pemuzik, majlis tersebut akan menjadi seperti hambar dan kurang meriah.

10. Menu
Makanan yang kurang enak mencacatkan majlis. Oleh itu tempah katering yang terbaik melalui survey yang anda lakukan. Bagi yang masak sendiri, perancangan menu dan bahan mentah serta tukang masak hendaklah dirancang lebih awal.

11. Kad jemputan
Sediakan senarai tetamu. Memilih dan mencetak kad jemputan mengikut senarai supaya tidak terlebih cetak kad. Jika bajet kurang, jangan memilih kad yang mahal. Cukuplah sekadar jelas maklumat jemputan dan peta pelan ke rumah pengantin.

12. Hebahkan majlis anda
Maklumkan kepada saudara mara dan rakan-rakan melalui kiriman kad, telefon, e-mel atau lebih menampakkan kesungguhan datang sendiri ke rumah mereka.

13. Pengesahan tempahan
Mengesahkan tempahan di hotel, dewan atau taman termasuk meja, kerusi, menu dan sebagainya. Hal ini untuk memastikan tempahan yang dibuat seperti yang dirancang. Jangan last minute ada yang dibatalkan.

14. Pemeriksaan kesihatan
Lakukan pemeriksaan kesihatan seperti ujian saringan HIV. Pastikan kesihatan badan sentiasa baik sebelum menjelang perkahwinan dan semasa majlis berlangsung. Makan makanan yang sihat. Hindari perkara yang boleh membawa penyakit. Walaupun selesema, ia boleh merosakkan mood anda. Bagi perempuan pula, jangan terlebih makan kerana dikhuatiri baju pengantin yang anda telah tempah menjadi ketat.

15. Rawatan kecantikan
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut supaya lebih berseri. Rawatan ini juga persediaan pengantin menghadapi malam pertama.

16. ''Honeymoon''
Tentukan bajet dan tempat untuk berbulan madu. Tempahan awal boleh menjimatkan kerana harganya lebih murah. Pada musim cuti persekolahan, kebanyakan bilik-bilik akan habis ditempah.

17. Pembantu
Lantik beberapa orang dari rakan atau keluarga untuk menjadi pengapit, ketua dapur, ketua atur cara majlis, pemberi cenderahati, flower girl dan penyambut tetamu.

18. Senarai acara
Jika perlu sediakan atur cara majlis dari pagi hingga kerja mencuci periuk belanga. Majlis akan lebih teratur dan tidak menjadi kelam kabut.

Tuesday, 22 November 2011

RAIZATUL & AWANG

Bismillahir Ramanir raheem...agak lama aku tak update gambar-gambar perkahwinan didalam blog kesayangan aku nih..maaf dipinta, seperti mana kita maklum musim cuti sekolah ni..banyak sekali tempahan yang aku terima, Alhamdulilah.. Insya Allah andai kata aku diberi kekuatan dan kelapangan masa, semua gambar perkahwinan client akan cuba aku masukan serba sedikit. Kali ni aku nak berkongsi sedikit gambar outdoor pasangan raizatul & awang. ( bolehke dipanggil outdoor sebab buat kat dalam masjid besi putrajaya..hujan ). Puteri kepada Prof Dr Hj Daud selamat di ijabkabul pada jam 12pm di gombak bersama pilihan hatinya Sdr Awang. Majlis yang penuh gilang gemilang diadakan pada esoknya 20 hb nov 2011 di dewan UPM Serdang. Syukur Alhamdulilah semua berjalan lancar..entri penuh gambar mereka akan aku masukan selepas proses editing selesai.....enjoyce..... 


Thursday, 3 November 2011

OUTDOOR FARAH & WAN SIRI 2


ENJOYCE!!!!!

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA



Bismillahir Rahmanir Raheem..
SALAH satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Ibadah korban bermaksud menyembelih haiwan seperti kambing atau lembu sesudah solat sunat Aidiladha sehingga hari tasyrik iaitu hari ketiga sesudah 10 Zulhijah.
Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w.Baginda Rasulullah sendiri dalam sebuah hadis telah mengungkapkan, orang-orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:
‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” ujar sahabat.


‘‘Itulah sunah daripada nenekmu Ibrahim,” jawab Rasulullah.


‘‘Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat lagi.


‘‘Tiap-tiap bulunya merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah.


Menurut Syafii hukum korban adalah sunat muakad yang sangat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan terutama umat Islam yang berada di kampung halamannya sendiri, kerana ia amalan yang sangat dikasihi Allah pada hari nahar (Hari Raya).
Umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban dalam beberapa hari lagi. Bagi kaum Muslimin yang berkuasa menyembelih korban hendaklah melaksanakan tanpa ragu-ragu sebagai usaha untuk bertaqqarrub atau memerdekakan diri kepada Allah. Berdasarkan keterangan hadis dan firman Allah yang diungkapkan dalam al-Quran, dapat disimpulkan bahawa amalan korban berasal daripada Nabi Ibrahim yang kemudiannya diwarisi oleh baginda sebagai satu ibadah dalam syariat Islam yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan. Ibadah korban ini berasal dari zaman Nabi Ibrahim. Tatkala Nabi Ibrahim bersama puteranya Ismail selesai membina Kaabah di Mekah di atas arahan Allah sebagai pusat kegiatan bagi menegakkan dasar-dasar tauhid, Allah menguji kekuatan iman kedua-dua nabi ini. Pengorbanan itu adalah pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup iaitu pengorbanan jiwa dan raga, Salam Keikhlasan Dari Skoodeng Photography.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...