Aku tiada bakat sebagai seorang pencerita yang hebat...tapi aku percaya gambar boleh menyampaikan ceritanya untuk menjadi sebuah sejarah...kerana sekeping gambar memberi seribu pengertian.

Tuesday, 21 June 2011

HARGA MURAH BUAT KAWAN-KAWAN


( ARTIKEL YANG TERBAIK NI..DI COPY DARI BLOG FOTOTEACHER.COM..AKU RASA SATU PERKONGSIAN YANG SANGAT BAIK, SEMOGA PENULIS ASAL MURAH REZEKI DAN SENTIASA DALAM LINDUNGANYA..TERIMA KASIH..)

HARGA MURAH UNTUK KAWAN-KAWAN?
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Entry asal 23 April 2007
Bagi anda yang menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan…
Kita tentu selalu dengar ayat macam ni – “Takkan takde diskaun untuk kawan-kawan?” Ayat ni kita biasa dengar bila ‘kawan’ kita nak guna khidmat kita untuk rakam gambar untuk mereka… Masalahnya di sini:
1) Diskaun ‘harga kawan-kawan’ tu adakalanya tak munasabah. Dahlah mintak diskaun sampai kita hampir rugi, lepas tu nak free gift lagi, lepas tu nak kualiti ngalahkan anak raja… Dan yang paling peritnya, bila time nak bayar, bukan main liat lagi…
2) Kalau kawan yang mintak diskaun tu memang kawan lama dan kawan baik yang dah banyak berjasa, tak apa jugak. Memang dengan rela hati, saya boleh bagi FREE aje. Tapi masalahnya, jenis kawan yang hanya mengaku kawan bila nak guna khidmat kita. Kawan kepada kawan kepada kawan kita pun mengaku jadi kawan kita dan nak mintak diskaun. Teruk la macam ni…
Maaflah, wahai ‘kawan-kawan’, saya terpaksa bercakap yang benar untuk mengubah mentaliti orang kita. Sepatutnya, kalau ada kawan kita buat bisnes, kita bukan mintak harga murah, tapi, lebih baik kalau kita bayar dia harga yang sepatutnya untuk menyokong dan memajukan lagi bisnes kawan kita tu. Kalau asyik bayar murah, macamana orang kita nak maju berniaga?
Ada sorang kawan saya mintak saya shoot gambar kahwin dia. Disebabkan kawan saya ni banyak berjasa dengan saya, maka saya cakap kat dia, saya nak bagi FREE aje. Dia cakap, “Jangan bagi free. Kau charge berapa kau nak charge. Aku takut kalau kau bagi free nanti, aku dapat kualiti macam gambar free!” Saya respek dengan mentaliti dia ni. Dia faham pasal bisnes.
Saya ada sorang makcik yang jual nasi lemak. Dia ni baik hati dan selalu panggil kitaorang datang makan kat rumah dia. Satu hari tu, saya tak ada duit nak makan (ni cerita zaman dulu la ni…) So, saya pun pergi le ke gerai makcik saya ni dengan harapan nak makan nasi lemak free. Bila dah habis makan, makcik saya suruh saya bayar – dia tak bagi kurang satu sen pun! Saya kena bayar macam harga orang lain jugak. Prinsip dia, kalau berniaga kena tegas. Tak kira sedara ke, kawan ke, harga sama. Business is business. Saya belajar sesuatu dari dia…
Macam jugak satu cerita ni, saya pernah nak beli barang dari sorang tauke cina yang agak baik dengan saya. Saya mintak dia bagi diskaun RM 2 dari harga asal. Puas mintak, dia tak bagi jugak sebab tu dah best price katanya. Last sekali dia kata, “Kawan, ni harga sudah spesel, gua tak boleh kasi kurang, nanti gua rugi. Lu bayar ini harga, nanti gua belanja lu minum kopi, itu lain cerita”
So, saya faham, tauke ni ada prinsip. Dia berniaga mesti ada untung. Tapi, kalau di luar bisnes dia, dia boleh ‘rugi’ untuk belanja kawan minum kopi. Macam makcik saya yang jual nasi lemak tu jugak, rajin belanja sedara mara makan kat rumah dia dan selalu bagi hadiah kepada anak-anak buah. Tapi, kalau nak beli barang dengan dia, strictly no diskaun! Again, business is business.
Sekarang ni kalau ada kawan-kawan atau sedara-mara yang tak faham pasal bisnes datang nak mintak khidmat kami, saya dengan baiknya akan menolak dengan berkata, “Maaflah, tak boleh buat job tu, kami dah ada job lain….”
Apa pendapat anda? Mari kita kongsi bersama…
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Monday, 20 June 2011

IMA & BABY ( THE WEDDING DAY )


Terima kasih buat pasangan...majlis yang sungguh meriah dan sempurna...nantikan entry selanjutnya.......

Wednesday, 15 June 2011

TERIMA KASIH!!!..THANK YOU!!!


Pada hari ini 15 jun 2011..terciptanya sejarah buat diri aku..dimana blog ini telah mencapai 1000+ pelawat dalam jangkamasa tidak sampai 3 bulan.Terima kasih aku ucapkan pada semua..Walaupun aku tahu blog aku masih mentah dan tak setanding dengan blog ataupun web site diluar sana. InsyaAllah..kalau diberikan kekuatan dan kebenaran dari yang maha Esa aku akan berusaha untuk memantapkan blog nih...dengan kemahiran internet aku yang bergitu kurang ( buat blog ni pun banyak tanya pada encik google ) aku akan cuba untuk sedaya -upaya untuk menjadikan blog nih setanding dengan mereka-mereka diluar sana untuk memeriahkan lagi bidang ni...mana mungkin pejalanan yang beribu batu tidak dimulakan dengan langkah pertama...dikesempatan nih..terima kasih aku nak ku sampaikan pada semua yang menyokong/membantu aku selama nih dalam bidang foto nih. ( hampir 5 tahun dah sekejap jer masa berjalan )..segala teguran kalian akan aku jadikan azimat yang sangat bermakna...terima kasih sekali lagi daripada aku.....i love u all....enjoyce......

Sunday, 12 June 2011

YUNIZA & AKHMAL


Titisan air mata kersyukuran ini membasahi pipiku...aku tahu selepas ini besar tanggjawapku..tetapi aku yakin dengan pilihanku...Akhmal..terima kasih kerana menjadikan diriku ini..sebahagian dari hidupmu..tiada apa yang mampu aku lafazkan kecuali..memanjat kesyukuran kepada Allah diatas nikmat yang tak terhingga ke atas diriku....Alhamdulillah....nukilan hati yuniza....

Wednesday, 8 June 2011

NILAI SEBUAH PAKEJ FOTOGRAFI



Artikel Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.
Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:


1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 15,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.


2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.


3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.


4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.


5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.
Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

ATIQAH DATO' NORDIN & SHAHRUL



As-salam..sedikit paparan dari aku untuk tatapan pengantin dan juga keluarga serta sahabat-sahabat pengantin. Terima kasih kepada Atiqah dan shahrul yang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak kami untuk mengabadikan kenangan terindahnya..Pernikahan pada 4 jun 2011 sementara majlis besar pada 5 jun 2011 telah berjalan dengan lancar..terima kasih sekali lagi daripada kami...( Atiqah & sahrul kalau membaca coretan ini sampaikan salam saya pada keluarga )

Monday, 6 June 2011

LAYOUT AKHIR FOTO PERKAHWINAN AMIR & MAS









Terima kasih daun keladi....kerana memilih kami..semoga persahabatan yang terjalin kekal abadi....enjoyce.....( hanya layout pernikahan dan outdoor sahaja yang dipaparkan...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...