Aku tiada bakat sebagai seorang pencerita yang hebat...tapi aku percaya gambar boleh menyampaikan ceritanya untuk menjadi sebuah sejarah...kerana sekeping gambar memberi seribu pengertian.

Wednesday 25 July 2012

SIAPAKAH KITA SEBAGAI RAKAN?


Kekadang kita dihubungi oleh rakan menggunakan telefon bimbit atau pesanan ringkas, SMS.

Ketika itu barangkali kita sibuk dan tidak berpeluang mengangkat panggilan. Jika ketika bermesyuarat, cuba hantarkan SMS, 'Meeting, saya akan call balik'. Jika tidak berkesempatan menaip SMS, sebaik selesai mesyuarat, hubungi rakan itu kembali.

Namun sebilangan rakan kita mungkin berbeza. Jika dihubungi, mereka tidak mengangkat panggilan atau membalas SMS. Biarpun berbelas missed calls, mereka tidak menghiraukan itu semua.

Mengapa? Mungkin mereka menganggap panggilan dan SMS kita tidak penting untuk dijawab atau dibalas. Dalam erti kata lain, mereka tidak menganggap kita penting.

Mungkin itu kesimpulan bakal menerjah pemikiran kita.

Jika setelah mencuba menghubungi berulang kali dan rakan itu masih membisu, biarkan.

Andai selepas beberapa hari kemudian dia menghubungi kita dan bertanya ...

"Ada call ke?"

Jawablah ...

"Ada, saya call, SMS dan banyak missed call awak"

"Kenapa?," balasnya.

Katakan ...

"Kerana awak kawan saya. Di waktu awak lupakan saya dan tidak mahu menjawab panggilan dan membalas SMS saya hantar, ketika itulah saya amat mengingati awak. Itu sahaja. Bukan bererti, saya menelefon awak kerana hendak meminta tolong. Kalau di zaman batu dahulu, sukar untuk berhubung sesama manusia. Kini tidak cuma kita barangkali tidak gemar untuk dihubungi, kan? Mungkin kerana saya sekadar rakan dan tidak berkepentingan kepada awak"

Dengarkan jawabannya.

di salin dari http://www.mazidulakmal.com/...aku rasa pengisian sangat menarik.....:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...