Wednesday, 20 April 2011
LUAR KOTAK PEMIKIRAN
Seorang lelaki mengadu kepada seorang doktor pakar mengenai
masalahnya tidak boleh tidur malam.
Pelbagai cara telah diusahakan, tetapi masalah tetap tidak
dapat diatasi.
" Apa yang menganggu fikiran kamu hingga tidak dapat tidur"
tanya doktor.
" Saya rasa ada seekor dinosor bersembunyi dibawah katil saya,
dan apabila saya memejamkan mata, dinosor itu akan membaham saya!!"
" Masalah awak hanya ada pada pemikiran awak.Tidak ada dinasor
percayalah."
" Ada!!" jawapnya penuh yakin.Doktor itu mengadakan mesyuarat
dalam kalangan doktor-doktor pakar berbincang mengenai masalah lelaki ini
"Jelas ini masalah psikologi," kata doktor pakar piskologi.
"ini masalah fobia akibat didikan masa lampau", ujar seorang pakar yang lain.
"Saya rasa ini berkaitan dengan masalah saraf," tambah seorang doktor
pakar saraf.
"Baiklah. saya berikan masa untuk awak semua mencuba kaedah masing-masing
untuk mengubatinya", rumus doktor tadi.
Selepas seminggu, doktor-doktor tersebut bermusyarat semula untuk
membentangkan laporan masing-masing.
"Ini masalah piskologi yang sangat kronik.Pelbagai kaedah telah saya gunakan,
tetapi dia tetap merasakan ada dinasor dibawah katilnya", pakar piskologi membuat
penjelasan.
"Sarafnya semua okey.Tidak ada apa-apa yang tidak normal." Saya syorkan dia
menerima rawatan alternatif"
Banyak cadangan yang diusulkan, sehingga doktor itu binggung mana
satu rawatan logik untuk digunakan
Di rumah , doktor itu bermenung panjang."Mengapa ayah termenung?" tegur
anaknya yang berusia tujuh tahun."Ada masalah seorang pesakit ayah"
"Apa masalahnya ayah?Mana tahu saya boleh membantu." Dalam hati doktor
terdetik kalau daripada kalangan doktor-doktor pakar pun tidak dapat membantu,
inikan pula anak yang berusia setahun jagung!!
Namun untuk meraikan si anak, doktor itu pun menceritakan masalah pesakitnya.
"Oh dia rasa ada dinosaur menyorok dibawah katilnya hingga tidak boleh tidur?"
"Ya bergitulah."
"Kalau bergitu ayah potong sahaja kaki katilnya!!"
"Apa pula kaitannya kaki katil itu dengan masalah tidak boleh tidur?"
"Kalau kita potong kaki katilnya sudah tentu dinasour itu tidak ada tempat untuk bersembunyi."
Esoknya, kaki katil pesakitnya dipotong."Nah sekarang dinosaur itu tidak ada tempat
lagi bersembunyi dibawah katil kamu. Kamu boleh tidur sekarang."
Benarlah, si pesakit itu pun boleh tidur dengan nyenyaknya.
Pengajaran : Bertapa banyak masalah besar yang dapat diungkai apabila kita berfikir
dengan santai, bebas dan keluar daripada kotak pemikiran yang biasa.
dengan santai, bebas dan keluar daripada kotak pemikiran yang biasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)