Aku tiada bakat sebagai seorang pencerita yang hebat...tapi aku percaya gambar boleh menyampaikan ceritanya untuk menjadi sebuah sejarah...kerana sekeping gambar memberi seribu pengertian.

Saturday 30 July 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Sekejap sahaja masa berlalu...kini Ramadhan menjelma lagi...Alhamdulilah...kita bertemu sekali lagi..InsyaAllah, sempena kedatangan bulan yang mulia ni...aku ingin memohon maaf atas segala salah silap aku selama ni...pada keluarga...taman sekerja..sahabat handai..rakan² skoodeng..dan semua muslim dan muslimat yang kenal akan aku yang kerdil ini..di kesempatan ini ingin aku berkongsi satu kutbah sempena Ramadhan ni yang di sampaikan oleh junjungan kita..Rasul yang kita kasihi..Muhammad S.A.W semoga kita semua mendapat pengajaran dan panduan..Amin...

Berikut ini wasiat Baginda Rasulullah saw. pada malam terakhir bulan Sya'ban, dalam khutbah Beliau saat menyambut datangnya bulan Ramadhan:


"Wahai manusia!


Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.


Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.


Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.


Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah 'Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.


Wahai manusia!


Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.


Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.


Wahai manusia!


Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.


Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.


Wahai manusia!


Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.


Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.



Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.



Wahai manusia!



Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.



Wahai manusia!



Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu'.



Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain.



Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.



Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.



Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.



Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka.



Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga."




[HR Ibnu Khuzaimah]

Tuesday 19 July 2011

FOTO PERKAHWINAN SHIMA & SYED




1-As-salam...pertama  sekali aku ucapkan terima kasih pada pasangan mempelai..atas kerjasama yang diberi..terima kasih juga kepada kaum keluarga, sahabat kepada mereka yang sangat² memberi kerjasama kepada pihak kami..

2- Terima kasih juga kepada Puan Zaimah dan Chef Halim yang banyak membantu..baik dari apa segi sekali pun..

3-Buat pasangan Syed & Shima selamat pengantin baru..selamat mengharungi alam berumah tangga..dan selamat atas segala-galanya..

4-Pada patner skoodeng encik Isam..terima kasih juga...enjoyce......

Monday 18 July 2011

SHIMA & SYED @ KUALA LUMPUR



1. As-salam..pertama sekali maaf dipinta sebab lama aku tak update blog ni..atas beberapa pekara yang tak dapat dielakan..

2.Antaranya tuntutan kerja sebagai site staff yang rajin macam aku ni ( bangunan hendak di handing over pada client ) melibatkan masa yang agak panjang..

3.kepada Syed dan Shima..tahniah aku ucapkan atas perkahwinan yang penuh gilang gemilang nih...foto penuh akan diupload sebaik sahaja kalian menerima album.

4.begitu juga kepada Norleha dan Suami di Banting , Ain dan suami di senai, farrah dan Suami di Kg endah..dan beberapa lagi yang tak disebutkan disini..

5.nantikan foto penuh mereka yang akan diupload dalam masa 2 hari dari entry ini dimasukan...enjoyce.....

PUJI, KRITIK DAN KUTUK



( copy daripada / satu pengalaman dan penceritaan yang amat dekat dengan aku.. )
 
Puji, Kritik dan Kutuk
Oleh: Hasnuddin Abu Samah untuk fototeacher.com
Untuk perbaiki karya fotografi kita, kita perlukan komen, malah kritikan dari individu lain. Dengan ini, barulah kita nampak kelemahan kita yang perlu diperbaiki. Dengan cara ini juga kita akan dapat input baru hasil dari pendapat, menerusi pengalaman orang yang memberikan komen kepada gambar kita.
Tapi, adakah anda ikhlas ingin belajar dengan menerima komen dari orang lain? Adakah anda akan berpuas hati dengan komen yang diberikan kepada gambar anda? Hakikatnya, kebenaran memang adakalanya pahit ditelan.
Bila dilihat dalam blog, foto blog dan sebagainya, rakan-rakan yang memberikan komen kepada gambar kita selalunya akan memberikan komen yang baik saja mengenai gambar yang kita rakam. Ini semata-mata untuk menjaga hati dan menjalinkan hubungan yang baik. Kita perlu menganggap komen ini sebagai komen sosial yang tidak membantu perkembangan fotografi kita. Kalau kita rasa bangga dan berpuas hati dengan komen sosial yang diberikan ini, alamatnya, kita takkan kemana dalam fotografi.
Masyarakat kita tidak mudah menerima kritikan. Masyarakat kita juga tidak pandai memberikan kritikan. Kritikan yang baik harus diberikan dengan cara yang berhemah. Kritikan yang baik perlu disertakan dengan fakta yang kukuh. Ianya juga sebaiknya desertakan dengan panduan atau cadangan bagi membantu orang yang dikritik itu memperbaiki hasil kerjanya.
Kita harus boleh bezakan antara mengkritik dan mengutuk. Kita harus boleh bezakan diantara kritikan membina dan cacian yang mengaibkan. Jadi, untuk kemajuan kita bersama, kita harus bijak mengkritik dan harus rasional dalam menerima kritikan. Barulah kita semua boleh maju dalam bidang fotografi.
Tidak ada sesiapa yang sempurna. Tidak ada gambar yang sempurna. Walau sehandal manapun kita dan walau secantik manapun gambar kita, sentiasa masih ada ruang untuk memperbaiki. Jadi, sentiasa akan ada ruang untuk dikritik. Untuk sentiasa maju, kita harus sentiasa boleh dikritik.
Dalam konteks untuk memperbaiki diri, bila ada orang puji gambar anda, anda kena pertimbangkan 2 perkara ini: iaitu yang pertamanya orang itu tidak cukup hebat dalam fotografi dan yang keduanya, anda adalah orang yang malang sebab anda sudah tidak ada ruang untuk belajar dan memperbaiki diri.
Namun, bila dikritik, adakalanya, anda perlu mempertahankan pendirian anda jika anda ada sebab yang kukuh. Anda tidak perlu menerima semua kritikan bulat-bulat. Sebab, kadangkala, orang yang mengkritik itu pun sebenarnya tidak layak untuk mengkritik.

Monday 4 July 2011

LAYOUT AKHIR NUR'ATIKAH DATO NOORDIN DAN SHARUL FAIZAL.


Sesaat sebelum pernikahan..satu majlis satu tuntutan agama yang sangat mendebarkan aku...tetapi dalam debaran tercetus kegembiraan dan kesyukuran....


Detik-detik debaranku semakin memuncak..saat berada di dalam rumah Allah yang suci ini....usikan kawan-kawan dan keluarga menghilangkan sedikit debaran yang membadai di hati ini...


Aku terima nikahnya...lancar sekali ungkapan yang diucapkan oleh suamiku kini..Sharul.... mulai saat ini aku sedar ..aku telah berpunya..secara akad....selamat tinggal zaman dara...selamat tinggal zaman teruna...


Debaran berganti dengan kegembiraan...Syukur atas segala nikmat yang telah di beri ini.....


Kini aku akan belari di gigi langit bersama yang tersayang...ehhh..yang dok kejar tu apahal....aku dah kawen weiiiii.....cabut....inilah hantaran yang digubah indah buat yang tersayang.......


Aku bukan tidak pernah bergambar....aku bukan tidak pernah dirakam...tetapi kali ni..keseronokan bergambar bersama yang tersayang tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata...seperti dunia ini ana yang punya......

Big day....terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan majlis yang seadanya...sama ada secara langsung ataupun tidak....terima kasih......thank you...


Perghhh...rasa macam raja..pulak...emmm..tak apalah walaupun aku bukan raja..tapi pengalaman aku menjadi raja sehari memang best....inilah kenangan terindah yang ingin aku kongsikan....


Eh..kena cover sikit makan nih....

 Hadirmu umpama mimpi....kini semuanya menjadi realiti...indahnya hidup ini...andai kita disayangi....

 Ha..apa skoodeng-skoodeng...

Ya-Allah berkati hidup kami ini....kekalkanlah kebahagian kami sehingga ke akhir hayat kami...


Terima kasih sekali lagi kepada semua yang membantu....doakan kebahagian kami...( nukilan ini hanya khayalan seorang jurugambar yang seka berangan macam aku....zaidi)

P/S...Tidak berapa lama selepas menghantar album kepada mereka aku mendapat sms dari atiqah..katanya..salam..sy dah terima dvd n frame..bila tgk gambar2tu mmg tak terkata sgt sebab terlalu cantik gbr2 tu..sy nak ucapkan terima kasih byk² sbb abg buat mmg terbaik lah...kalau abg nak up load dalam blog dah blh dah...hehehehesedara kat kg nak tgk- from nad..atiqah atau nad....adalah org yg sama..terima kasih kembali kepada Atiqah dah sahrul....gambar kalian abg dah upload secara total kat blog nih.....enjoyce.....tq tq tq tq
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...