Aku tiada bakat sebagai seorang pencerita yang hebat...tapi aku percaya gambar boleh menyampaikan ceritanya untuk menjadi sebuah sejarah...kerana sekeping gambar memberi seribu pengertian.

Tuesday 31 January 2012

FOTO PERTUNANGAN AZLIN @ BANDAR SUNWAY

fuhh..agak lama aku tak update blog nih...kesibukan tahap menteri pun tak sesibuk aku...bermula dengan bulan oct hingga dec 2011 syukur alhamdulilah..job yang diterima oleh skoodeng photography amat-amat mengalakan...terima kasih kepada semua....cuma maaf aku minta andai ikata sedikit terlewat album kalian untuk disiapkan...( paling lewat pun 1 bulan 3 minggu....selalunya dalam 3 minggu ke sebulan...)..kepada semua diluar sana skoodeng photography sekali lagi akan ada di pameran pengantin di SACC SHAH ALAM pada 25 Feb 2012-27 Feb 2012..dapatkan promosi dan tawaran terbaik dari kami....jumpa anda disana...adios amigossss...  ( susunan dibawah adalah tidak sama dengan susunan di dalam album mendikut muka surat - makluman )


ZULIKHSAN & IZAN @ KLANG

ASFARINA & AFIZAL @ KLANG

Monday 30 January 2012

10 Tip Untuk Mendapatkan Perkahwinan yang Bahagia

10 Tip Dalam Misi Membina Keluarga Bahagia
1. Beri ruang pada pasangan anda untuk lakukan perkara yang dia suka dan meninggalkan perkara yang dia tidak suka. Anda tidak boleh memaksa dia untuk suka apa yang anda suka dan tidak suka apa yang anda tidak suka.
2. Sentiasa luangkan masa untuk bersama dengan pasangan anda. Semakin anda luangkan masa bersama, semakin bahagia anda berdua akan jadi.

3. Jangan perbesarkan pergaduhan yang kecil. Apabila anda berdua bergaduh mengenai perkara kecil, anda tidak perlu terbawa – bawa sehingga ke luar rumah. Selesai segala pergaduhan secara dalaman.
4. Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada pasangan anda kerana ia memberi tekanan kepada pasangan anda secara tidak langsung. Sentiasa beri dorongan dan sokongan kepada dia.
5. Sentiasa berhubungan secara fizikal dengan pasangan anda seperti pelukan, ciuman dan hubungan seks. Jika tiada perhubungan secara fizikal, anda berdua pasti akan rasa jauh antara satu sama lain.
6. Sentiasa adakan perbincangan dengan pasangan anda mengenai semua hal termasuklah hal – hal yang kecil. Buang ego anda jika anda ingin ada komunikasi yang baik dengan pasangan anda.
7. Sentiasa kongsi tanggungjawab dengan pasangan anda. Jangan bertindak seorang diri. Sebaliknya bentuk satu pasukan dengan pasangan anda.
8. Sentiasa ubah perangai anda untuk jadi lebih baik. Dugaan semakin sukar mengikut masa anda berkahwin. Jika anda tidak matangkan diri dari sebelumnya, anda mungkn akan goyah.
9. Sentiasa hormat antara satu sama lain. Jangan tinggikan suara secara membabi buta pada pasangan anda. Hormat dia sebagai pasangan anda.
10. Sentiasa hargai pasangan anda seperti memberi hadiah kepada dia. Walaupun hadiah tersebut mungkin tidak mahal, ia pasti akan menerbitkan perasaan gembira di hati pasangan anda. Namun, bukan semua penghargaan perlu diberi dalam bentuk hadiah.
Kepada yang beragama Islam, ajaran Islam jangan ditinggalkan dan untuk yang beragama lain juga begitu. Walaupun beribu tip telah dilakukan, tanpa KESETIAAN pada pasangan pasti segala yang dibina akan musnah dalam sekelip mata dan sukar untuk mengecapi kebahagiaan yang setiap orang idamkan.

Monday 9 January 2012

PEMENANG " MENCARI RATU SEHARI "

Tahniah kepada pemenang Norliana Binti Nosli dan pasangannya Mohd. Jafri Bin Abd Samad. Terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama ini, tahniah sekali lagi kepada pemenang " mencari ratu sehari"

Saturday 7 January 2012

USTAZ KAZIM ELIAS WEDDING SPECIAL

SANOL + SHANAZ @ KLUANG JOHOR



Salam...Tetiba aku rasa  rajin nak godeh² apa yang photoshop ada...( semua ada aku jer yang tak berapa nak handal ) jadilah tone seperti yang tertera...apa pendapat semua....pada aku macam tak berapa sesuai untuk satu album...kalau sekeping dua ok kot....ada pendapat????

Friday 6 January 2012

SAJE² NAK KONGSI

Macam nilah lebih kurang layout dalam PC aku untuk menghasilkan sesebuah Story Album....

NURLIN & IJAT SEHATI SEJIWA

Nurlin & Ijat....ibarat pinang dibelah dua...tu kesimpulan yang aku dapat buat....sama cantik..sama padan....Nurlin ada iras² Yasmin Hamid...Ijat pula ada iras² Zed Zaidi...heheheh...tak dapat amik gambar artis..dapat yang iras² pun jadilah...apa² pun majlis yang berjalan dengan lancar...tenang...memudahkan segalanya...terima kasih buat pasangan mempelai...keluarga...dan semua yang terlibat......

SELAMAT TAHUN BARU 2012 DARI KAMI

Bismillahir Ramanir raheem.. Selamat Menyambut tahun baru 2012 aku ucapkan kepada semua. Walaupun dah masuk hari ke 6, masih belum terlambat rasanya kot, pejam..celik..pejam celik..setahun berlalu..banyak kenangan pahit..manis ...suka ..duka...sepanjang tahun 2011 yang kita tempuhi....pastinya setiap apa yang kita tempuhi pasti akan mematangkan lagi dalam apa jua tindakan kita....Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang selama ini menyokong aku dalam kehidupan ni...terutama isteri tersayang...dan 2 orang puteri yang semakin membesar...sekolah dah tahun nih....kepada semua pelanggan² skoodeng photography terima kasih aku ucapkan....tak dapat aku sebut satu persatu.....kepada Kak Marlynn dan Abang Din...Kak Zaimah...En Halim...Mak Ngah.. Kak Difi...Abg Badsah..Isam ismail..Ali Hussin..Sufi Saat..Amie Wai....Wah Chan kedai emas..( sekadar menyebut beberapa lama) terima kasih atas kerjasama erat yang kita jalinkan...diharapkan  kerjasama yang terbentuk akan lebih kukuh selepas ini... apa yang pasti untuk tahun 2012...pihak kami telah merancang beberapa pogram bagi memudahkan bakal² pelanggan kami untuk mendapatkan apa jua info, pakej atau apa jua yang berkaitan secara langsung dengan kami. Dengan itu diumumkan one stop centre gerbang perkahwinan gemilang atas kerjasama diantara SKOODENG PHOTOGRAPHY & VIDEOGRAPHY, BUTIK PENGANTIN MARLYNN AFZAN & MAK NGAH CATERING akan berada di pameran pengantin di SACC Shah Alam pada bulan Febuari 2012..PICC putrajaya pada bulan april 2012...SACC Shah Alam sekali lagi pada bulan julai dan berakhir di PWTC pada bulan oct 2012...tarikh akan pihak kami war² kan.....akhir kata...SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012...SEMOGA TAHUN 2012 AKAN MENJADI TAHUN YANG TERBAIK DALAM HIDUP KITA..TAK KIRA DALAM APA JUA LAPANGAN......SALAM...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...